KWSP 2024 : Pengeluaran Bersyarat Serendah RM3,000

KWSP 2024 : Pengeluaran Bersyarat Serendah RM3,000 – Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah program baru yang dilancarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membantu ahli yang terjejas oleh pandemik Covid-19.

Program ini membenarkan ahli KWSP untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka di Akaun 2, dengan syarat minimum RM3,000 dan maksimum RM50,000. Sehingga kini, lebih 4 juta ahli KWSP telah memanfaatkan program ini.

Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat Serendah RM3000

KWSP telah melancarkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) untuk membantu ahli yang memerlukan pembiayaan peribadi. FSA2 adalah program pengeluaran KWSP yang membenarkan ahli mengeluarkan simpanan KWSP dari akaun 2 mereka sebanyak RM3,000 hingga RM50,000.

Ahli yang layak boleh memohon pembiayaan peribadi dari institusi perbankan yang bekerjasama dengan KWSP. Bayaran pengeluaran KWSP akan dibuat terus kepada institusi perbankan apabila ahli mencapai umur 50 atau 55 tahun, bergantung kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

Ahli juga perlu menjelaskan ansuran bulanan kepada institusi perbankan mengikut kadar dan tempoh yang ditetapkan.

KWSP 2024

Baca Juga:

Amaun Kelayakan Pengeluaran Simpanan KWSP 2024

Gambar dibawah menunjukkan keterangan amaun kelayakan pengeluan simpanan Akaun 2

KWSP 2024

Syarat Pengeluaran Simpanan KWSP 2024

  • Ahli yang warganegara Malaysia
  • Ahli yang belum yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan)
  • Permohonan adalah sekali sahaja
  • Sekiranya permohonan lulus, tidak boleh dibatalkan
  • Dalam Akaun 2 sekurang-kurangnya RM3,000
  • Pengeluaran bersyarat adalah sebanyak RM50,000 dari Akaun 2 (bergantung kepada jumlah peribadi yang ditetapkan oleh institusi perbankan)

Cara Membuat Permohonan KWSP 2024 : Pengeluaran Khas Bersyarat Serendah RM3000

  • Permohonan melalui dalam talian
    • Untuk mengetahui kelayakan, ahli perlu membuat semakan awal kelayakan Akaun 2 melalui laman web rasmi institusi perbankan yang terlibat
    • Sekiranya layak, ahli perlu mengisi borang yang di sediakan di lama web rasmi institus perbankan tersebut dengan memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan sebelum permohonan diproses.
    • Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai FSA2, anda boleh menghubungi kami melalui saluran-saluran yang tersedia: