Masa Bayaran STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Bank

Masa Bayaran STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Bank

Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan diberikan pada 29 Ogos 2024.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang menghadapi kesukaran ekonomi,

dengan harapan sumbangan ini akan mengurangkan beban kewangan dan memberikan kelegaan dalam kehidupan seharian.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif STR sebagai langkah proaktif untuk menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat berpendapatan rendah hingga sederhana.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban ekonomi yang dihadapi oleh golongan tersebut, khususnya dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

Dengan pelaksanaan STR, kerajaan berkomitmen untuk memastikan bahawa manfaat yang sewajarnya sampai kepada setiap warganegara yang layak.

Jadual & Masa Bayaran STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Bank

Masa Bayaran STR

Masa Bayaran STR

Kaedah Bayaran STR Fasa 3

Berikut adalah kaedah pembayaran STR Fasa 3

  1. Pengkreditan terus ke dalam Akaun Bank penerima/pasangan STR seperti yang telah di daftarkan dalam portal MySTR atau cawangan LHDN yang berhampiran.
  2. Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan di kawasan penerima STR sekiranya tiada maklumat akaun bank atau status pengkreditan gagal dikreditkan.

Jadual Bayaran STR 2024 Dikreditkan

Masa Bayaran STR

Baca Juga:

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024

Kategori Yang Layak Memohon STR Fasa 3

Isi Rumah

  • Pendapatan di bawah Rm2,500 (tiada had umur)
    • 5 anak atau lebih – RM500
    • 3 – 4 anak – RM500
    • 1 – 2 anak – RM500
    • Tiada anak – RM500
  • Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
    • 5 anak atau lebih –  RM300
    • 3 – 4 anak – RM250
    • 1 – 2 anak – RM150
    • Tiada anak – RM100

Bujang / Warga Emas yang tiada pasangan

  • Pendapatan bujang RM2,500 ke bawah (berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun) – RM150
  • Pendapatan Warga Emas yang tiada pasangan RM5000 ke bawah (60 tahun ke atas) – RM150

Cara Semakan Status Bayaran STR Fasa 3

Ini adalah cara semakan melalui pautan atau protal rasmi MySTR

Berikut dikongsikan panduan semakan :

  1. Layari laman web MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan no kad pengenalan pemohon kemudian klik butang “Log Masuk”
  3. Setelah log masuk tekan butang “Semak” dan sahkan kod keselamatn yang dipaparkan.
  4. Seterusnya, masukkan kata laluan yang tepat dan tekan butang “Log Masuk”
  5. Tekan pada ruangan “Semakan Permohonan” yang dipaparkan pada menu utama
  6. Status permohonan akan dipaparkan.

Berikut adalah contoh paparan yang akan terlihat ;

Masa Bayaran STR

Kementerian Kewangan (MOF) telah mengeluarkan kenyataan media yang menekankan pentingnya kesedaran masyarakat terhadap taktik penipuan, khususnya kepada penerima STR yang berisiko menjadi sasaran scammer.

MOF menyeru agar masyarakat sentiasa berwaspada dan tidak mudah tertipu oleh helah penipuan.

MOF juga menggesa individu untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan kesahihan maklumat yang diterima untuk menghindari penipuan.

Langkah ini penting untuk melindungi diri dan orang lain dari kerugian akibat penipuan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :