My Lesen 2025

My Lesen 2025 : Semakan Status Layak Atau Tidak Penerima (Percuma)

MY LESEN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (PERCUMA)

My Lesen 2025 telah Melihat kepada rekod kesalahan jalan raya, terdapat ramai golongan belia yang tidak mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah. Oleh itu, bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan mendapatkan lesen yang sah, pihak kerajaan mewujudkan Bantuan MyLesen Percuma.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima MyLesen Percuma? Sila rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.

APA ITU MY LESEN 2025?

MyLesen adalah merupakan sebuah program Bantuan Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang diperkenalkan untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah tanpa sebarang bayaran.

My Lesen 2025

Baca Juga:

Mohon bantuan My Lesen 2025 di sini.

MANFAAT PELAKSANAAN MY LESEN 2025

Antara manfaat pelaksanaan Program MyLesen Percuma adalah dapat :

  • Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
  • Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.

KELAYAKAN PENERIMA MY LESEN 2025 (PERCUMA)

Berikut merupakan kelayakan penerima Program MyLesen Percuma :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
  3. Merupakan pelajar sekolah / institut pengajian tinggi / golongan belia.
  4. Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40).
  5. Sihat dari segi Fizikal dan Mental.
  6. Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  7. Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

My Lesen 2025

TARIKH PELAKSANAAN MY LESEN 2025

Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan MyLesen bagi tahun 2025. Oleh itu, setiap pemohon perlu menyemak tarikh pelaksanaan di laman rasmi JPJ kerana ianya berbeza bagi setiap negeri pemohon.

Mohon bantuan My Lesen 2025 di sini.

PERMOHONAN BANTUAN MY LESEN 2025 (PERCUMA)

Untuk permohonan Program MyLesen B2 boleh dilakukan secara dalam talian seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi JPJ, dan CETAK borang permohonan lesen percuma : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama.
  2. Isi borang permohonan yang disediakan dengan lengkap.
  3. Sertakan sekali dokumen lengkap yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
  4. Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
  5. Apabila permohonan diluluskan. Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  6. Selesai.

*Untuk makluman, sebarang borang permohonan 2025 belum dikeluarkan oleh Pihak JPJ dan pihak kami akan kemaskini dari masa ke semasa apabila ianya dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.

Anda juga boleh layari Portal Rasmi JPJ untuk memastikan anda tidak terlepas dari memohon bantuan lesen percuma 2025. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi JPJ dengan mengisi borang yang disediakan setelah dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.

MAKLUMAT TAMBAHAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2025

  • Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
  • Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2025.

Rujuk bantuan My Lesen 2025 di sini.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan myLesen, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
  • Alamat e-mel :mylesenb2@jpj.gov.my

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apakah Program My Lesen B2 Tahun 2025?

  • Program MyLesen B2 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program My Lesen B2 Tahun 2025?

  • Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)

Dimanakah calon boleh membuat pendaftaran bagi Program My Lesen B2 Tahun 2025?

  • Pendaftaran peserta boleh dibuat melalui pautan atau Kod QR [akan dikemaskini kelak setelah pengumuman rasmi oleh JPJ]

Berapakah kos bayaran bagi Program MyLesen B2 Tahun 2024?

  • Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai Program My Lesen B2 Tahun 2025?

  • Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.