Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
MyKasih 2024 : Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah

MyKasih 2024 : Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

MyKasih 2024 – bentuk bantuan tambahan untuk penerima STR 2024. Bantuan tambahan ini dapat bermanfaat kepada 700 ribu penerima STR yang menerima RM100 sebulan dalam tempoh 12 bulan untuk membeli barangan asas keperluan rumah di kedai runcit yang terpilih menurut belanjawan 2024.

Pengenalan MyKasih 2024

Bantuan SARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah sebanyak RM1200 untuk setiap isi rumah yang melepasi syarat kelayakan.

Kaedah pembayaran adalah sama seperti sebelum ini iaitu dengan menggunakan MyKad.

Selain itu, jumlah keseluruhan untuk mendapat adalah berbeza mengikut kategori seperti kategori Isi Rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Kategori & Jumlah Yang Menerima MyKasih 2024 (SARA)

Berikut adalah gambaran penerima bantuan SARA mengikut kategori;

MyKasih 2024

Baca Juga:

Nota: Penerima STR 2024 yang bukan berstatus Miskin Tegar atau Miskin eKasih juga layak mendapat bantuan SARA 2024. Pelaksanaan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam tempoh masa yang terdekat.

Cara Semakan Status Kelayakan SARA 2024

1. Semakan melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
  • Masuk laman web rasmi STR 2024 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ 
  • Login seperti biasa. Masukan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  • Klik bahagian “SEMAKAN PERMOHONAN” kemudian skrol kebawah untuk melihat status kelayakan untuk bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

2. Semakan melalui portal MyKasih 2024 (Semenanjung Malaysia sahaja)

  • Masuk laman web rasmi MyKasih 2024 di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  • Masukkan no. kad pengenalan
  • Klik “SEMAK STATUS”

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my