Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
MyLesen B2 JPJ : Permohonan Lesen Percuma 2024

MyLesen B2 JPJ : Permohonan Lesen Percuma 2024

MyLesen B2 JPJ : Permohonan Lesen Percuma 2024

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan penerusan Program MyLesen B2 untuk tahun 2024,

dengan tujuan memperkasa golongan B40. Program ini menawarkan 35,000 tempat bagi penerima bantuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.

Program ini, yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Bagi yang berminat, sila ambil perhatian bahawa penyertaan adalah terhad dan tarikh tutup akan ditentukan berdasarkan pemenuhan kuota.

Untuk maklumat lanjut, sila baca perkongsian ini.

Apa Itu MyLesen B2?

MyLesen B2 adalah program yang di lancarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk memberdayakan golongan B40 untuk memiliki lesen.

Penyediaan kuota untuk program ini adalah seramai 35,000 orang sahaja.

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup B40 agar dapat membuka peluang baru untuk peningkatan pendapatan.

MyLesen B2 JPJ

Syarat-syarat Kelayakan Program MyLesen B2 Tahun 2024

  • Peserta mestilah seorang Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Program ini terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan
  • Pastikan peserta tidak memiliki sebarang lesen memandu semasa mengemukakan permohonan
  • Peserta mestilah sihat fizikal dan mental
  • Tiada senarai hitam oleh mana-mana agensi kerajaan, badan swasta atau institusi kewangan semasa mengemukakan permohonan
  • Penerima bantuan/bawah tanggungan:
    • Kumpulan B40; atau
    • e-Kasih; atau
    • JKM; atau
    • Zakat; atau
    • Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Baca Juga:

Tarikh Permohonan Mylesen B2 2024

Program ini akan berlangsung bermula Februari 2024 sehingga Oktober 2024. Sekiranya kuota peserta telah penuh maka permohonan akan di tutup.

Tempoh Latihan

Untuk program ini, peserta perlu melalui latihan yang berikut, mengikut tempoh yang ditetapkan:

  • Kursus Teori (KPP01)- 6 Jam
  • Ujian Bertulis (KPP01)- 1 Jam
  • Latihan Praktikal di Litar (KPP02)- 9.5 Jam
  • Latihan Praktikal di Jalan Raya (KPP03)- 6 Jam
  • Pra Ujian (QTI)- 30 minit
  • Ujian JPJ

Cara Memohon MyLesen B2 2024

Untuk memohon MyLesen B2 JPJ 2024, langkah pertama adalah mengunjungi laman web rasmi JPJ dan mengisi borang permohonan secara dalam talian.

Peserta perlu membuat imbasan ke QR code yang telah disediakan atau boleh melalui pautan ini – https://docs.google.com/forms

Seterusnya, sediakan dokumen penting seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.

Kemudian, pilih pusat latihan memandu yang berdekatan dan ikuti latihan praktikal yang dijadualkan.

Akhir sekali, JPJ akan menetapkan tarikh ujian praktikal dan pastikan kehadiran anda untuk mengelakkan pembatalan permohonan.

MyLesen B2 JPJ

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai MyLesen B2, sila layari ;-