MyLesen B2 : Program Bantuan Lesen Percuma Seluruh Malaysia

MyLesen B2 – Program MyLesen B2 adalah inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan lesen motosikal B2 secara percuma. Bantuan ini bertujuan untuk meningkatkan mobiliti dan peluang pekerjaan bagi golongan berpendapatan rendah. Program MyLesen B2 telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.

Program MyLesen B2 ialah inisiatif JPJ Malaysia untuk membantu golongan B40, terutamanya belia yang terjejas oleh pandemik Covid-19, mendapat Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.). Bantuan ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan golongan sasaran dalam bidang pengangkutan.

Tujuan program ini ialah untuk memberi peluang kepada isi rumah untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan sosioekonomi mereka dengan menyediakan pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.

Untuk makluman, bantuan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan B40 di seluruh negara untuk meningkatkan kemahiran dan pendapatan mereka. Dalam usaha ini, seramai 9,000 orang daripada golongan berkenaan akan dipilih untuk menyertai program ini.

Syarat Pendaftaran MyLesen B2

Syarat pendaftaran program ini adalah seperti berikut, dan pemohon perlu memastikan bahawa mereka memenuhi syarat-syarat ini sebelum mendaftar:

  • Merupakan seorang Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ serta PDRM
  • Penerima bantuan/bawah tanggungan:
    – Kumpulan B40; atau
    – e-Kasih; atau
    – JKM; atau
    – Zakat; atau
    – Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Baca Juga:

Tempoh Latihan

Untuk program ini, peserta perlu melalui latihan yang berikut, mengikut tempoh yang ditetapkan:

  • Kursus Teori (KPP01)- 6 Jam
  • Ujian Bertulis (KPP01)- 1 Jam
  • Latihan Praktikal di Litar (KPP02)- 9.5 Jam
  • Latihan Praktikal di Jalan Raya (KPP03)- 6 Jam
  • Pra Ujian (QTI)- 30 minit
  • Ujian JPJ

Tatacara Pendaftaran

Pemohon yang ingin mendaftar perlu mengisi borang pendaftaran mengikut negeri tempat tinggal mereka:

i) Perak

https://drive.google.com/file/d/1KNDPyvk-IGb5CqgE4IEX3_UlwFjCFKSW/view?usp=sharing

MyLesen B2

ii) Pahang

Borang pendaftaran boleh diperolehi melalui:

  • Kompleks JPJ Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
  • Pejabat Cawangan JPJ Pahang

MyLesen B2

iii) Melaka

Borang pendaftaran boleh didapati di pejabat JPJ Negeri Melaka.

MyLesen B2

Soalan Lazim

Adakah peserta akan ditawarkan pekerjaan selepas selesai mendapatkan Lesen Memandu B2?

Tidak.

Berapakan kos bayaran untuk menyertai program ini?

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

Dimanakah peserta perlu menjalani ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu B2?

Peserta perlu melalui kursus, ujian, dan latihan di Institut Memandu yang ditetapkan oleh JPJ sahaja.

Apakah yang menyebabkan peserta dikeluarkan daripada menyertai program ini?

Peserta yang gagal menamatkan program dalam tempoh 3 bulan akan dikeluarkan daripada menyertai program ini.

Maklumat Lanjut Bantuan MyLesen B2

Maklumat lanjut mengenai MyLesen B2, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/mylesen.html atau https://www.jpj.gov.my/.