MySalam 2024 : Semakan Status & Cara Tuntutan
Kerajaan telah memperbaharui skim MySalam dalam Belanjawan 2024, memastikan ia akan berterusan selama dua tahun akan datang.
Skim ini memberikan manfaat pembayaran tunai kepada individu yang mengalami salah satu dari 45 penyakit kritikal,
serta menyediakan elaun harian sebanyak RM50 untuk tempoh hospitalisasi hingga 14 hari.
Pengenalan
MySalam, inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma, memberi manfaat kepada individu layak melalui Tabung Amanah MySalam.
Diperkenalkan pada Januari 2019, ia menyasar isi rumah B40, penerima BSHR iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Belanjawan 2024 mengumumkan pengembangan Skim Perubatan MADANI secara nasional dengan RM100 juta, memanfaatkan 700,000 rakyat, serta meneruskan MySalam untuk dua tahun tambahan.
Semakan Kelayakan MySalam 2024
Bermula 7 Julai 2024 semakan kelayakan boleh di buat melalui portal rasmi MySalam.
Peserta yang layak dan didiagnos dengan penyakit kritikal atau dimasukkan ke Hospital Kerajaan antara 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024, boleh mula menghantar tuntutan melalui portal mySalam dari 7 Julai 2024.
Pastikan dokumen tuntutan dan maklumat bank anda lengkap dan tepat. Penerima bantuan yang layak akan dihubungi melalui SMS mulai 15 Julai 2024.
Baca Juga :
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Buka Pengambilan Terkini
- Jadual Bayaran STR 2024 : Tarikh & Jumlah Bantuan Mengikut Bank Penerima
Tujuan MySalam
Kerajaan telah memperkenalkan skim perlindungan kesihatan sosial sebagai sebahagian daripada inisiatif takaful untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
Skim ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh mereka yang mengalami penyakit kritikal.
Dengan adanya perlindungan ini, diharapkan mereka dapat mengatasi cabaran kewangan dan menjalani kehidupan yang lebih normal.
Manfaat
1. Manfaat Hospitalisasi
Penerima mySalam yang dimasukkan ke wad di hospital kerajaan, universiti, atau angkatan tentera berhak menuntut gantian pendapatan. Mereka layak mendapat RM 50 sehari, dengan had maksimum 14 hari atau jumlah gantian tahunan sebanyak RM 700.
Nota : Pastikan membawa dokumen wajib yang diperlukan untuk tuntuan manfaat ini dan penerima MySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini.
2. Manfaat Penyakit Kritikal
Ahli mySalam yang disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai berhak menuntut manfaat benilai RM 8,000, yang akan dibayar sekali seumur hidup ke akaun mereka.
Kelayakan untuk menjadi ahli mySalam adalah berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon setiap tahun melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Penerima Bantuan Tunai Rakyat yang memenuhi kriteria umur yang ditetapkan akan secara automatik layak menjadi ahli mySalam.
Kriteria umur adalah seperti kategori di bawah ;
- Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
- Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun
- KAtegori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun
Nota : Pastikan membawa dokumen wajib yang diperlukan untuk tuntuan manfaat ini
Syarat Kelayakan
Individu yang layak menerima mySalam adalah mereka yang terlibat dalam program bantuan kerajaan seperti BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR.
Penerima akan diberitahu mengenai kelayakan mereka melalui SMS yang dihantar ke nombor telefon yang telah dikemaskini dalam sistem pendaftaran program-program bantuan tersebut.
Pengumuman ini akan dibuat secara berperingkat untuk memastikan semua penerima mySalam mendapat maklumat yang tepat.
Cara Membuat Semakan Kelayakan
- Layari portal rasmi MySalam – DI SINI
- Log Masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan
- Masukan Kata Laluan yang telah anda tetapkan. (Sekiranya kali pertama pastikan daftar log masuk kali pertama kemudian isikan butiran yang diperlukan)
Selain itu, cara lain untuk membuat semakan boleh mendapatkan bantuan di kiosk MySalam di hospital kerajaan yang berhampiran dengan kawasan anda.
Cara Buat Tuntutan
Pengendali takaful yang terlibat akan mengkreditkan wang ke akaun penerima secara langsung untuk tuntutan yang berjaya, seperti yang telah didaftarkan dalam skim Bantuan Sara Hidup Rakyat, sebagai proses pembayaran.
- Tuntutan Penyakit Kritikal
- Layari laman web rasmi MySalam (http://www.mysalam.com.my/) kemudian log masuk
- Muat turun borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor, berdasarkan penyakit kritikal
- Dapatkan doktor yang merawat anda untuk melengkapkan borang tersebut
- Log masuk laman web rasmi MySalam > Tuntutan > Penghantaran Tuntutan > Skrol ke bawah dan klik > Tuntutan Penyakit Kritikal
- Masukan maklumat yang diperlukan > Klik butang “Muat Naik” untuk memuat naik fail dalam bentuk *.pdf atau *.jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Tuntutan Hospitalisasi
- Layari laman web rasmi MySalam (http://www.mysalam.com.my/) kemudian log masuk
- Klik ikon Tuntutan > Penghantaran Tuntutan > Skrol ke bawah dan klik > Tuntutan Hospitalisasi
- Masukan maklumat yang diperlukan > Klik butang “Muat Naik” untuk memuat naik fail dalam bentuk *.pdf atau *.jpeg
- Salinan Nota Discaj
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan & belakang)
Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?
Proses tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal dijangka mengambil masa sepuluh hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
Sekiranya terdapat kekurangan dalam dokumen, proses ini mungkin memerlukan masa yang lebih panjang, bergantung kepada kelengkapan dokumen yang diperlukan.
Anda boleh menyemak status tuntutan anda di portal www.mysalam.com.my.
Pemberitahuan mengenai keputusan tuntutan akan dihantar melalui SMS kepada pemohon.
Jumlah bayaran yang di terima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan yang di buat.
Wang akan dikreditkan ke akaun yang di isikan dalam borng permohonan.
Berikut merupakan notifikasi SMS yang di terima oleh pemohon :
Maklumat Lanjut Mengenai
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan MySalam 2024, anda boleh hubungi yang beroperasi 24 jam di talian
- Pusat Panggilan MySalam – 1 300 888 938
- Email – info@mysalam.com.my
- Laman web rasmi – https://www.mysalam.com.my/