MySTR 2024 Fasa 3 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

MySTR 2024 Fasa 3 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Semakan untuk bayaran bantuan tunai STR Fasa 3, yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini, boleh di semak melalui portal MySTR.

Ini merupakan salah satu segmen inisiatif bantuan kewangan yang telah disediakan dalam Belanjawan 2024.

MySTR 2024 Fasa 3 :

Baca Juga:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan penjenamaan semula skim bantuan kerajaan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

kim ini, yang sebelumnya dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), bertujuan untuk menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40.

Melalui STR, kerajaan berkomitmen untuk meringankan beban kos sara hidup dengan menyediakan peruntukan hampir RM8 bilion, yang akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima.

Tarikh Bayaran Bantuan STR Isi Rumah Fasa 3

Kementerian Kewangan Malaysia akan memulakan bayaran STR Fasa 3 pada bulan Ogos 2024.

Tarikh pembayaran yang tepat akan diumumkan selepas pengumuman rasmi dibuat.

Jadual pembayaran untuk STR Fasa 1, 2, 3, dan 4 pada tahun 2024 akan mengikuti tarikh yang telah ditetapkan.

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

MySTR 2024 Fasa 3 :

Dalam Belanjawan 2024 yang akan datang, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan pembaharuan yang akan merangkumi pemberian bayaran tambahan kepada golongan Miskin Tegar.

Ini adalah sebahagian daripada fasa seterusnya dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Selain itu, kerajaan juga merancang untuk menyediakan sumbangan bakul makanan dan baucar pembelian barangan makanan asas sebagai sokongan tambahan.

MySTR 2024 Fasa 3 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan ;

  1. Isi Rumah
    • Pendapatan kurang dari RM2500
      • Anak lebih dari 5 orang : RM2500
      • Anak 3-4 orang : RM2000
      • Anak 1-2 orang : RM1500
      • Tiada Anak : RM1000
    • Pendapatan RM2501 – RM5000
      • Anak lebih dari 5 orang : RM1250
      • Anak 3-4 orang : RM1000
      • Anak 1-2 orang : RM750
      • Tiada Anak : RM500
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
  3. Bujang
    • Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350

Berikut merupakan Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

MySTR 2024 Fasa 3 :

Cara Semakan

Kaedah Bayaran

  1. Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
  2. Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
  3. Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ  https://bantuantunai.hasil.gov.my/