MySTR 2024 Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan

MySTR 2024 FASA 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan

Melalui Portal MySTR semakan bayaran bantuan tunai STR Fasa 3 boleh dilakukan, ia telah dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini.

Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan daripada pihak kerajaan terhadap rakyat yang telah disediakan di bawah Belanjawan 2024.

Status STR FASA 3

Baca Juga :

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Sebelum ini usaha kerajaan dalam memberi skim bantuan kewangan dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BKP) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Namun, Perdana Menteri telah membuat penjenamaan semula skim bantuan ini pada 16 Januari 2024 yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Selain itu, pihak kerajaan juga merancang untuk menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program ini sehingga RM3,100 setiap keluarga sekiranya melepasi syarat kelayakan.

Kerajaan berharap dengan adanya program bantuan ini dapat membantu 8.7 penerima meringankan sedikit sebanyak bebanan kewangan yang dihadapi yang mana jumlah peruntukan yang disediakan hampir RM8 bilion.

Tarikh Bayaran Bantuan STR Isi Rumah Fasa 3

Tarikh pembayaran yang tepat akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia selepas pengumuman rasmi yang akan dibuat pada bulan Ogos 2024.

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Status STR FASA 3

Untuk menunjukkan pembaharuan dalam Belanjawan 2024 menerusi program ini bayaran tambahan akan diberikan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan dan baucer untuk makanan asas.

MySTR Fasa 3 : Jumlah Bayaran

Untuk tahun 2024, kadar bayaran bagi STR telah ditetapkan dan akan diikuti sebagaimana yang telah disusun :

  1. Isi Rumah
    • Pendapatan kurang dari RM2500
      • Anak lebih dari 5 orang : RM2500
      • Anak 3-4 orang : RM2000
      • Anak 1-2 orang : RM1500
      • Tiada Anak : RM1000
    • Pendapatan RM2501 – RM5000
      • Anak lebih dari 5 orang : RM1250
      • Anak 3-4 orang : RM1000
      • Anak 1-2 orang : RM750
      • Tiada Anak : RM500
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
  3. Bujang
    • Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350

Berikut merupakan Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

Status STR FASA 3

Cara Semakan

Kaedah Bayaran

  1. Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
  2. Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
  3. Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ  https://bantuantunai.hasil.gov.my/