Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
MySTR 2024 - Tarikh Bayaran Fasa 1 Mengikut Kategori

MySTR 2024 – Tarikh Bayaran Fasa 1 Mengikut Kategori

MySTR 2024 –  Berdasarkan Belanjawan 2024 yang telah di umumkan baru-baru ini, sektor perniagaan mendapat perhatian utama lebih-lebih lagi yang bergerak dalam bidang perkhidmatan, pembinaan, peruncitan, hospitaliti dan teknologi hijau. Menurut penganalisi ekonomi belanjawan ini adalah untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti sektor-sektor ini.

Belanjawan 2024 telah mencerminkan komitmen kerajaan untuk menerapkan Ekonomi MADANI yang berorientasikan kesejahteraan rakyat.

Syarat utama untuk mendapat bayaran STR adalah permohonan STR yang berstatus LULUS dan telah melalui proses verifikasi. Ini adalah untuk memastikan hanya permohonan STR yang memenuhi kriteria sahaja yang layak.

Proses permohonan untuk tahun 2024 bermula 1 November 2023 manakala permohonan yang sedia ada hanya perlu mengemaskini dengan maklumat terkini.

MySTR 2024

Baca Juga:

Tarikh Bayaran MySTR 2024

  • Fasa 1 : Februari 2024 (sebelum ramadhan akan mula disalurkan)
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Kadar Bayaran STR Tahun 2024

MySTR 2024

Perlu Atau Tidak Kemaskini MySTR 2024?

Pemohon perlu mengemaskini Permohonan STR Tahun 2024 dan gambaran di bawah merupakan jawapan untuk sebarang persoalan;

Borang MySTR Tahun 2024 Fasa 1

Borang permohonan STR 2024 BK-01 [1/2024]

  • Saluran pertama – melayari laman portal MySTR dan muat turun borang tersebut. klik DI SINI
  • Saluran kedua – dengan pergi ke Pejabat HASiL/Pejabat Satelit HASiL/UTC HASiL yang berdekatan dan mengambil borang secara fizikal.

Penghantaran Borang Secara Manual MySTR 2024

Semasa menghantar borang STR 2024 adalah perlu untuk sertakan dokumen sokongan. Pemohon perlu menghantar ke mana2 cawangan yang berhampiran dengan anda dan memastikan bahawa pejabat yang anda pilih adalah sama seperti negeri anda.

Antara pejabat tersebut adalah;

  • Pejabat HASiL
  • Pejabat Satelit HASiL
  • UTC HASiL

Pemohon akan mendapat keratan Akaun Penerimaan Permohonan STR seperti berikut sekiranya menghantar borang secara manual;

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi  https://bantuantunai.hasil.gov.my/