PeKa B40 : Semakan Kelayakan, Manfaat & Saringan Kesihatan

PeKa B40 : Semakan Kelayakan, Manfaat & Saringan Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40, sebuah inisiatif yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Skim ini menawarkan pelbagai manfaat yang dirancang khusus untuk kesesuaian kesihatan mereka, dengan penekanan khusus pada pencegahan dan pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD).

Ini merupakan berita baik bagi golongan B40, kerana mereka kini memiliki akses kepada sumber-sumber yang diperlukan untuk menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik.

Pengenalan PeKa B40

Inisiatif yang dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini bertujuan untuk menyokong keperluan kesihatan bagi golongan berpendapatan rendah.

Fokus utama adalah pada penyakit tidak berjangkit (NCD), yang sering kali tidak mendapat perhatian yang cukup.

Program ini terbuka bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta pasangan mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Proses pendaftaran dan urusan berkaitan sangat  mudah dengan hanya memerlukan kad pengenalan sebagai dokumen pengesahan.

PeKa B40

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd dengan gembira ingin mengumumkan bahawa data kelayakan penerima Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40, atau PeKa B40, bagi tahun 2023 akan dikemaskini.

Kemas kini ini akan dilakukan berdasarkan data Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tahun 2022 yang diperolehi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kami ingin memaklumkan bahawa individu yang terdapat dalam senarai aktif penerima BKM untuk tahun 2022 akan secara automatik layak menerima manfaat PeKa B40 pada tahun 2023.

Pemakluman Untuk Saringan Kesihatan PeKa B40

ProtectHealth mengalu-alukan penerima PeKa B40 untuk mengambil bahagian dalam Program Saringan Kesihatan Percuma.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, anda mungkin menerima mesej SMS yang berbunyi: “RM0 PeKaB40: Anda dijemput untuk menjalani Saringan Kesihatan PeKa B40 secara PERCUMA di [LOKASI], pada [TARIKH, HARI], bermula [MASA]”.

Sila ambil perhatian bahawa SMS ini bukanlah penipuan dan adalah sebahagian daripada komunikasi rasmi ProtectHealth.

Kami menegaskan bahawa ini adalah peluang yang sah dan selamat untuk memeriksa kesihatan anda tanpa sebarang kos.

PeKa B40

Manfaat Skim PeKa B40

  1. Saringan Kesihatan Secara Percuma
    • Membuat saringan kesihatan di mana-mana klinik swasta yang berhampiran kawasan anda yang telah berdaftar.
    • Pautan senarai klinik yang telah berdaftar – https://bms.pekab40.com.my/provider
  2. Bantuan Alat Perubatan Sehingga RM20,000
    • Manfaat yang disediakan ini termasuklah bantuan untuk peralatan perubatan yang diperlukan semasa prosedur atau rawatan.
    • Subsidi kos untuk alat tidak disediakan di hospital-hospital KKM.
    • Sebaliknya, bantuan diberikan dalam bentuk alat perubatan dengan had maksimum RM20,000.
  3. Insentif melengkapkan Rawatan Kanser Sebanyak RM1,000
    • Untuk mendorong pesakit kanser, terutamanya yang berada di peringkat awal rawatan
    • Saringan Kesihatan (Manfaat 1) harus dilakukan.
    • Insentif RM1,000 ini dibahagikan kepada dua bayaran iaitu RM300 diberikan setelah pesakit memulakan rawatan kanser dan RM700 lagi setelah rawatan selesai.
    • Pembayaran ini dibuat secara langsung ke akaun bank penerima PeKa B40 yang telah didaftarkan.
  4. Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000
    • Manfaat ini disediakan untuk mengurangkan kos pengangkutan bagi penerima yang mendapatkan rawatan di hospital KKM, namun tidak meliputi seluruh kos perjalanan.
    • Hanya penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) yang layak untuk insentif tambang pengangkutan.
    • Had maksimum bantuan adalah RM500 untuk Semenanjung Malaysia dan RM1,000 untuk Sabah, Sarawak, serta Labuan.
    • Jumlah insentif yang diberikan bergantung pada jarak antara rumah penerima dan hospital, mengikut kadar yang ditetapkan.
    • Permohonan Manfaat 4 harus dilakukan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau doktor yang bertanggungjawab, dan pembayaran akan dibuat terus ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan.

PeKa B40              PeKa B40

Baca Juga:

Cara Semakan Kelayakan

  1. Membuat semakan kelayakan di https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
  2. Sekiranya layak, sila pergi ke klinik PekaB40 untuk membuat saringan kesihatan di klinik swasta yang telah berdaftar atau untuk mengenalpasti klinik yang berdaftar anda boleh melihat pelekat logo Peka B40 di klinik tersebut.
  3. Bawa kad pengenalan tujuan pengesahan sebelum membuat saringan kesihatan pertama kali lawatan.
  4. Lawatan susulan (kedua) untuk mengetahui keputusan saringan kesihatan untuk tindakan susulan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Fasiliti atau Program Sihat Cergas)

Cara Membuat Temujanji Dalam Talian Untuk Saringan Kesihatan Peka B40

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai PeKa B40 Sila rujuk maklumat berikut :

JOIN CHANNEL ISU SEMASA & BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024