Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Pengeluaran KWSP Akaun 3 Dibenarkan Bermula April Ini

Pengeluaran KWSP Akaun 3 Dibenarkan Bermula April Ini

Pengeluaran KWSP Akaun 3 – KWSP dijangka akan memperkenalkan ‘Akaun Fleksibel’ pada April 2024. Pencarum akan diberikan perincian lanjut mengenai akaun ini selepas pengumuman agihan dividen oleh KWSP pada Februari 2024.

Akaun ini, yang dikenali sebagai Akaun 3, membenarkan pengeluaran hanya dalam keadaan kecemasan dan tertakluk kepada peratusan tertentu.

Untuk meminimumkan kesan terhadap pendapatan pencarum, kajian sedang dijalankan bagi menilai kaedah pengurusan akaun yang paling berkesan.

Pengeluaran KWSP Akaun 3

Baca Juga :

Belanjawan 2024 memperkenalkan Akaun Fleksibel (Akaun 3 KWSP) sebagai respons terhadap desakan rakyat untuk pengeluaran khas.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam mendengar dan menyelesaikan keluhan rakyat. Akaun baru ini akan memudahkan pengeluaran pasca persaraan berkala, memberikan rakyat lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus simpanan mereka.

Penerangan terperinci mengenai cadangan ini boleh dijadikan rujukan untuk memahami bagaimana Akaun Fleksibel berfungsi dan manfaat yang ditawarkan kepada pemegang akaun.

Apakah Akaun 3 KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mempertimbangkan pelancaran Akaun 3, suatu inisiatif yang akan membenarkan pengeluaran simpanan pada bila-bila masa.

Nurhisham Hussein, Ketua Pegawai Strategi KWSP, menjelaskan bahawa Akaun 3 ini direka untuk beroperasi mirip akaun simpanan biasa, memberikan kebebasan kepada ahli untuk mengakses dana mereka mengikut keperluan.

Sementara itu, Prof Emiritus Dr Barjoyai Bardai dari UniRazak menegaskan pentingnya disiplin dalam pengurusan kewangan, terutama dalam konteks pengeluaran dana KWSP, untuk menghindari pengeluaran yang berlebihan dan tidak terancang.

Oleh itu, KWSP harus memastikan ketersediaan dana yang cukup sebelum mengimplementasikan Akaun 3 ini, agar tidak mengganggu kestabilan kewangan institusi dan kepentingan jangka panjang para pencarum.

Tujuan Pelaksanaa Akaun 3 KWSP

Pertimbangan pembentukan Akaun 3 oleh KWSP memainkan peranan penting dalam menangani masalah aliran tunai dan krisis persaraan. Data menunjukkan bahawa 9 peratus ahli KWSP tidak memiliki simpanan pada usia 55 tahun.

Lebih membimbangkan, statistik ini meningkat menjadi kira-kira 25 peratus apabila mereka mencapai usia 75 tahun. Ini menunjukkan keperluan mendesak untuk strategi perancangan kewangan yang lebih baik dalam kalangan ahli KWSP untuk memastikan kesejahteraan mereka di hari tua.

Pengeluaran KWSP Akaun 3

Syarat dan Kelebihan

  • Pengeluaran mandatori bulanan hanya kepada ahli-ahli baharu yang lahir pada atau selepas tahun 2010.
  • Akaun 3 ini adalah untuk menyediakan sumber kecemasan tunai bagi ahli sekiranya mereka memerlukan dalam situasi yang tidak dijangka.
  • Untuk menggalakkan mereka yang berada dalam sektor tidak formal agar tertarik untuk membuat caruman ke KWSP.

Tarikh Pelaksanaa Pengeluaran Akaun 3 KWSP

  • Bakal dilaksanakan bermula April 2024
  • Pelaksanaan cadangan masih dalam penelitian dan akan diumumkan pada Februari 2024.

Pengeluaran KWSP Akaun 3

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai pengeluaran ini dan untuk mendapatkan maklumat sahih boleh rujuk :