Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Permohonan Bantuan Khas RM1,000 hingga RM5,000 Dibuka

Permohonan Bantuan Khas RM1,000 hingga RM5,000 Dibuka Sekarang

Permohonan Bantuan Khas RM1,000 hingga RM5,000 – Bantuan berbentuk kewangan yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bantuan ini.

Permohonan Bantuan Khas

Program Bantuan Khas ini adalah inisiatif dari pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang telah dilancarkan pada Mei 2024 iaitu Program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS).

Ini adalah bantuan yang berbentuk kewangan yang diberikan oleh kerajaan negeri yang boleh di mohon sehingga 14 Jun 2024 Jumaat 5.00 petang.

Bantuan ini berjumlah RM1,000 hingga RM5,000 yang akan di bayar secara one-off sekiranya layak.

Kadar Bayaran Bantuan Khas

Bantuan Khas ini berjumlah sehingga RM5,000 yang akan di bayar mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Kategori A sehingga RM1,000 : Pendidikan dan pembelajarn (Pusat Terapi/Kelas Khas/EIP)
  • Kategori B sehingga RM1,200 : Ubat-ubatan (Keperluan khas seperti makanan dan makanan tambahan)
  • Kategori c sebanyak RM5,000 : Peralatan dan perubatan (Pembedahan/pembaikan peralatan/mesin perubatan)
    *berdasarkan preskripsi doktor sahaja*

Syarat Kelayakan Bantuan Khas

  • Merupakan seorang Warganegara Malaysia
  • Keluarga yang mempunyai anak (penerima manfaat) berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Ibu/bapa/penajga adalah pengundi Selangor

Permohonan Bantuan Khas

Baca Juga :

Cara Memohon Bantuan ANIS 2024

  • Pemohon hendaklah membuat permohonan diatas talian di laman sesawang
    https://www.anisselangor.com/bantuananis
  • Pemohon mengisi borang permohonan secara dalam talian dan lampirkan bersama Dokumen Sokongan yang lengkap mengikut kategori permohonan seperti yang dinyatakan bagi tujuan semakan
  • Borang permohonan dan Dokumen Sokongan yang lengkap hendaklah dihantar bermula 17 Mei 2024 Jumaat 8.30 pagi sehingga 14 Jun 2024 Jumaat 5.00 petang
  • Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  • Sebarang rayuan tidak dilayan jika borang dihantar selepas tarikh tutup permohonan.
  • Segala pertanyaan boleh hubungi 03-55453170 / 03-55245068 atau Chat Mesengger di Facebook Anak Istimewa Selangor atau email ke jabatananis@yawas.my

Dokumen Sokongan Untuk Memohon Bantuan Anis

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga)
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak
  • Salinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau Surat Pengesahan Doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  • Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan untuk makanan, keperluan khusus,
    pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor) – Kategori Peralatan/Barangan/Makanan
  • Salinan surat pengesahan pusat terapi, sebut harga yuran bulanan,
    dan penyata bank pusat terapi. Hanya Pusat Terapi (EIP) SAHAJA yang dibenarkan untuk permohonan,
    pemohon yang menghantar anak ke Pusat Terapi yang tidak memenuhi syarat Pusat EIP, permohonan akan ditolak. 
    – Kategori Pendidikan Khas/Sesi Terapi
  • Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

*Nota: Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
*Nota: Pusat Terapi adalah Pusat EIP yang mempunyai Occupational Therapist dan; atau Speech Therapist

Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:

Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS
East Entrance, Lot G26, Tingkat G,
Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor

ATAU

Pusat Khidmat Masyarakat/ Pejabat ADUN yang berdekatan

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai bantuan ini dan untuk mendapatkan maklumat sahih boleh rujuk – Klik Di sini