Bantuan Khas Untuk Golongan B40 : Bantuan kewangan ini boleh dipohon oleh mereka yang memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.
Permohonan Bantuan Khas
Program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS), yang merupakan inisiatif bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, telah dilancarkan pada Mei 2024.
Bantuan kewangan ini disediakan oleh kerajaan negeri dan permohonannya terbuka hingga 14 Jun 2024, Jumaat jam 5.00 petang.
Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah dari RM1,000 hingga RM5,000, yang akan dibayar secara one-off kepada penerima yang layak.
Kadar Bayaran Bantuan Khas Untuk Golongan B40
Bantuan Khas yang ditawarkan ini melibatkan jumlah pembayaran sehingga RM5,000.
Pembayaran akan dilakukan berdasarkan kategori-kategori tertentu yang telah ditetapkan sebelumnya.
- Kategori A sehingga RM1,000 : Pendidikan dan pembelajarn (Pusat Terapi/Kelas Khas/EIP)
- Kategori B sehingga RM1,200 : Ubat-ubatan (Keperluan khas seperti makanan dan makanan tambahan)
- Kategori c sebanyak RM5,000 : Peralatan dan perubatan (Pembedahan/pembaikan peralatan/mesin perubatan)
*berdasarkan preskripsi doktor sahaja*
Syarat Kelayakan Bantuan Khas Untuk Golongan B40
- Merupakan seorang Warganegara Malaysia
- Keluarga yang mempunyai anak (penerima manfaat) berumur 18 tahun dan ke bawah
- Ibu/bapa/penajga adalah pengundi Selangor
Baca Juga :
- Status Pengeluaran Wang KWSP Akaun 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran
- Status STR FASA 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan
Cara Memohon Bantuan ANIS 2024
- Permohonan di buat diatas talian di laman sesawang https://www.anisselangor.com/bantuananis
- Selepas mengisi permohonan diatas tailian sila lampirkan bersama Dokumen Sokongan yang lengkap mengikut kategori permohonan seperti yang dinyatakan untuk tujuan semakan
- Borang permohonan dan Dokumen Sokongan yang lengkap hendaklah dihantar bermula 17 Mei 2024 Jumaat 8.30 pagi sehingga 14 Jun 2024 Jumaat 5.00 petang
- Penghantaran dokumen yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
- Sebarang rayuan tidak dilayan jika borang dihantar selepas tarikh tutup permohonan.
Dokumen Sokongan Untuk Memohon Bantuan Anis
- Salinan Kad Pengenalan pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga)
- Salinan Sijil Kelahiran Anak
- Salinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau Surat Pengesahan Doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan untuk makanan, keperluan khusus,
pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor) – Kategori Peralatan/Barangan/Makanan - Salinan surat pengesahan pusat terapi, sebut harga yuran bulanan,
dan penyata bank pusat terapi. Hanya Pusat Terapi (EIP) SAHAJA yang dibenarkan untuk permohonan,
pemohon yang menghantar anak ke Pusat Terapi yang tidak memenuhi syarat Pusat EIP, permohonan akan ditolak. – Kategori Pendidikan Khas/Sesi Terapi - Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my
*Nota: Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
*Nota: Pusat Terapi adalah Pusat EIP yang mempunyai Occupational Therapist dan; atau Speech Therapist
Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:
Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS
East Entrance, Lot G26, Tingkat G,
Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor
ATAU
Pusat Khidmat Masyarakat/ Pejabat ADUN yang berdekatan
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai bantuan ini dan untuk mendapatkan maklumat sahih boleh rujuk – Klik Di sini
Segala pertanyaan boleh hubungi 03-55453170 / 03-55245068 atau Chat Mesengger di Facebook Anak Istimewa Selangor atau email ke jabatananis@yawas.my