Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024 – Program MyLesen B2 tahun 2024 yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk memberi peluang kepada golongan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia kelas B2.
Tujuan program ini adalah untuk memberikan sokongan kepada golongan B40 agar dapat memberikan akses kepada lebih ramai individu untuk memiliki lesen memandu serta membuka pintu kepada peluang pekerjaan dan mobiliti yang lebih besar.
Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024
Penting untuk bertindak dengan segera sekiranya berminat menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024 kerana tarikh tutup penyertaan adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi. Jumlah peserta yang ditetapkan adalah sebanyak 35,000 orang peserta sahaja.
Program ini adalah untuk membantu golongan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 serta menggalakkan masyarakat untuk memandu kenderaan motosikal khususnya secara sah di sisi undang-undang serta dapat mengikuti peraturan jalan raya yang betul.
Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Lesen Percuma 2024
- Peserta yang berwarganegara Malaysia
- Peserta yang berumur 16 tahun dan ke atas
- Terbuka kepada golongan B40 dan Tanggungan
- Sihat fizikal dan mental
- Peserta yang belum memiliki sebarang lesen memandu
- Peserta yang tidak disenarai hitam oleh Mahkamah, JPJ dan PDRM
Baca juga:
- Bantuan RM1,200 Dikreditkan Dalam MyKad Rakyat Malaysia
- Bantuan Awal Persekolahan RM150 Setiap Seorang
Cara permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024
- Peserta hendaklah mengisi borang google form atau mengimbas QR kod yang disediakan;
- Peserta perlu mengisi maklumat dengan lengkap, benar dan tepat
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih teliti atau sebarang persoalan berkenaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 klik – DI SINI.