Permohonan Program Rumah (PPR) 2024 Kini Di Buka

Program Rumah (PPR) 2024 adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menyediakan tempat kediaman yang mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan rendah.

Dilancarkan pada Februari 2002, program ini menawarkan kediaman dengan sewa bulanan yang berpatutan, serendah RM124, tidak termasuk kos penyelenggaraan.

Terdapat dua kategori dalam program PPR: PPR Disewa dan PPR Dimiliki, yang keduanya dirancang dengan mengikuti Standard Perumahan Kebangsaan untuk perumahan kos rendah, sesuai dengan spesifikasi yang ditetapkan dalam CIS2.

Inisiatif ini memastikan bahwa golongan berpendapatan rendah dapat memiliki atau menyewa rumah yang layak dan selesa, sejalan dengan kemampuan kewangan mereka.

Rumah PPR 2024

 

Ciri-ciri Program Rumah PPR 2024

  • Bagi kawasan bandar-bandar besar, jenis rumah bertingkat adalah antara 5 hingga 18 tingkat.
  • Bagi kawasan pinggi pandar, jenis rumah adalah rumah teres.
  • Untuk keluasan rumah adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
  • Contoh binaan rumah adalah 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air.

Kemudahan Asas Program Rumah PPR 2024

  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Surat atau Ruang Solat
  • Dewan Komuniti
  • Taman Permainan
  • Rumah Sampah
  • Gerai makan atau Ruang niaga

Syarat Permohonan

  • Pemohon dan pasangan mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Pemohon yang berpendapatan kasar isi rumah RM3000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan yang belum memiliki rumah

Baca Juga :

Cara Memohon

  1. Permohonan Secara Manual
    • Hubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR untuk setiap negeri.
  2. Permohonan Secara Atas Talian / Online
    • Layari laman web rasmi TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/
    • Sila daftar akaun SPRN (sekiranya belum mempunyai akaun SPRN)
    • Klik Log Masuk untuk meneruskan permohonan

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Program Rumah PPR 2024, sila hubungi pihak berkaitan.

 

Jabatan Perumahan Negara

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 30-38, No. 51, Persiaran Perdana

Presint 4, 62100 Putrajaya