Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Program i-Saraan KWSP 2024 : Cara Permohonan

Program i-Saraan KWSP 2024 : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan

Program i-Saraan KWSP 2024 – Kerajaan bersama KWSP telah melancarkan inisiatif i-Saraan KWSP, suatu program Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan.

Program ini direka khusus untuk individu yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap, termasuk suri rumah, membolehkan mereka untuk menyumbang secara sukarela ke dalam dana persaraan mereka.

Yang lebih menarik, ahli yang menyertai program ini juga berhak menerima sumbangan tambahan dari kerajaan.

Pengenalan Program i-Saraan KWSP 2024

i-Saraan merupakan inisiatif yang dirancang untuk membuka peluang kepada individu yang bekerja sendiri untuk semua jantina yang berpendapatan yang tidak tetap, serta suri rumah yang tidak memenuhi syarat untuk memohon i-Suri.

Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan mereka yang berada dalam kategori ini untuk membuat caruman secara sukarela, sesuai dengan kemampuan masing-masing, sebagai langkah proaktif dalam merancang kewangan jangka panjang dan keselamatan sosial.

Program i-Saraan KWSP 2024

Baca Juga :

Penambahbaikan Program i-Saraan KWSP 2024

Belanjawan 2024 Malaysia, yang dikenali sebagai MADANI, telah memperkenalkan peningkatan dalam penyaluran bantuan tunai melalui program i-Saraan dan i-Suri KWSP.

Pada tahun ini, had caruman padanan kerajaan untuk kedua-dua program tersebut telah ditingkatkan.

Khususnya, bagi program i-Saraan, had caruman tahunan kini adalah RM500, dengan maksimum RM5,000 sepanjang hayat.

Ini menandakan satu langkah strategik dalam memperbaiki produk dan polisi yang akan mengukuhkan masa depan persaraan serta menjamin pendapatan bagi ahli KWSP.

Ini merupakan peningkatan yang signifikan berbanding dengan tahun 2023, di mana kerajaan hanya menyumbang 15% daripada jumlah caruman dengan had maksimum RM300 setahun.

Perubahan ini diharapkan dapat memberikan kesan positif terhadap kesejahteraan pencarum KWSP dalam jangka panjang.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2023, program i-Saraan telah menyaksikan pengkreditan insentif kerajaan berjumlah RM28 juta kepada sejumlah 211,361 ahli.

Program i-Saraan KWSP 2024

Manfaat Program i-Saraan KWSP 2024

  • Mendapat dividen tahunan atas simpanan kewangan
  • Ahli mendapat bantuan kematian yang tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP
  • Dapat pelepasan cukai juag tertakluk kepada terma dan syarat pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
  • Ahli akan menerima insentif khas iaitu 15% daripada jumlah caruman atau maksimum RM500 dalam setahun dan had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau seletah mencapai usia 60 tahun atau mana-mana yang lebih awal mengikut terma dan syarat kerajaan.

Program i-Saraan KWSP 2024

Individu Yang Boleh Memohon i-Saraan KWSP

  • Individu mestilah berdaftar sebagai ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 60 tahun ke bawah
  • Individu yang tiada pendapatan tetap seperti bekerja sendiri
    • Contoh orang yang bekerja sendiri :
      • peniaga kecil, pengasuh bayi, freelencer, suri rumah, petani, nelayan, pemandu teksi, pekerja berpencen

 

Cara Daftar i-Saraan KWSP

  1. Daftar melalui laman web rasmi KWSP
  2. Pendaftaran melalui Aplikasi i-Akaun KWSP (muat turun di Google Play atau App Store)
Step 1 : Klik Register i-Saraan

 

Step 2 : Isikan maklumat & Sahkan pendaftaran

 

Pendaftaran berjaya dilakukan

 

Step 3 : Buat caruman
Nota : Individu boleh membuat caruman secara online atau manual mengikut jumlah yang diinginkan.

Saluran Pembayaran Caruman

  1. Secara Atas Talian (Online) / Perbankkan Elektronik
    • Maybank, Public Bank, RHB Bank, Bank Muamalat, CIMB Bank
  2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek)
    • Maybank, Public Bank, RHB Bank, BSN
  3. Kaunter KWSP
    • Maksimum tunai/cek sebanyak RM500 di seluruh kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk Muar

Jumlah Caruman Bagi Menerima Amaun Insentif Khas Maksimum

Untuk menerima insentif khas maksimum RM500 setahun, ahli harus mencarum minimum RM3,334 setahun. Ini kerana insentif tersebut adalah 15% daripada jumlah caruman terkumpul tahun semasa.

Oleh itu, caruman padanan yang dibuat oleh ahli menentukan kelayakan untuk insentif khas tersebut.

Berikut adalah contoh situasi caruman :

Bagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan?

KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala dua kali setahun, iaitu untuk tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.

Selepas menerima sumbangan tersebut daripada Kerajaan, KWSP akan mengkreditkannya ke dalam Akaun 1 ahli, yang merupakan Akaun Persaraan.

Dokumen Sokongan Untuk Pendaftaran i-Saraan KWSP

  • Kad Pengenalan
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai, cek atau perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Program i-Saraan 2024 sila layari laman web rasmi https://www.kwsp.gov.my/member/savings/i-saraan atau terus ke borang pertanyaan online  atau menghubungi talian khidmat pelanggan KWSP di talian 03-896226000