Rayuan STR 2024 : Cara Permohonan Semakan Semula
Kementerian Kewangan telah memulakan proses pembayaran berperingkat untuk STR Fasa 3 sejak 29 Ogos 2024.
Bantuan ini akan disalurkan mengikut kriteria kelayakan yang telah ditetapkan kepada para penerima.
Pembayaran akan secara automatik dimasukkan ke dalam akaun bank penerima.
Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank, mereka boleh menuntut pembayaran mereka di cawangan BSN Malaysia bermula pada tarikh yang sama.
Baca Juga:
- Jabatan Perangkaan Malaysia Buka Pengambilan Terkini Ogos 2024
- Bayaran Pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bermula Esok
Permohonan Rayuan STR 2024
Untuk membuat rayuan sekiranya status permohonan anda tidak lulus, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR), atau
Permohonan rayuan boleh dilakukan secara dalam talian atau dengan mengisi borang kertas secara manual di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran dengan kawasan anda.
Sila ikuti pautan yang disediakan untuk proses permohonan rayuan anda secara dalam talian.
Berikut dikongsikan pautan untuk permohonan rayuan dalam talian : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Jumlah Bayaran STR Fasa 3 2024
- Isi Rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2500 akan menerima sebanyak RM150 – RM650 ;
- Isi Rumah yang berpendapatan RM2501-RM5000 akan menerima sebanyak RM150-300 ;
- Warga Emas yang tiada pasangan akan menerima sebanyak RM150 ;
- Bujang akan menerima sebanyak RM50.
Cara Semakan Status Bayaran STR Fasa 3
Ini adalah cara semakan melalui pautan atau protal rasmi MySTR
Berikut dikongsikan panduan semakan :
- Layari laman web MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan no kad pengenalan pemohon kemudian klik butang “Log Masuk”
- Setelah log masuk tekan butang “Semak” dan sahkan kod keselamatn yang dipaparkan.
- Seterusnya, masukkan kata laluan yang tepat dan tekan butang “Log Masuk”
- Tekan pada ruangan “Semakan Permohonan” yang dipaparkan pada menu utama
- Status permohonan akan dipaparkan.
Berikut adalah contoh paparan yang akan terlihat ;
Kaedah Bayaran STR Fasa 3
Berikut adalah kaedah pembayaran STR Fasa 3
- Pengkreditan terus ke dalam Akaun Bank penerima/pasangan STR seperti yang telah di daftarkan dalam portal MySTR atau cawangan LHDN yang berhampiran.
- Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan di kawasan penerima STR sekiranya tiada maklumat akaun bank atau status pengkreditan gagal dikreditkan.
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024
Cara Membuat Permohonan Rayuan STR 2024
- Secara Dalam Talian
- Secara Pengemukaan Borang Kertas ke cawangan LHDN yang berhampiran.
Cara Membuat Permohonan Rayuan Secara Dalam Talian
- Layari portal Rasmi STR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan no Mykad kemudian klik ‘Log Masuk’
- Sahkan kunci keselamatan anda
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik ‘Semakan Permohonan” untuk mengetahui status permohonan anda.
- Sekiranya permohonan ‘Tidak Lulus’, sila rujuk Kod Alasan Tidak Lulus STR kemudian muatnaik dokumen yang diperlukan untuk permohonan
- Untuk membuat rayuan, klik bahagian ‘Permohonan Semakan Rayuan Semula (Rayuan) pada menu utama.
Semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus boleh membuat Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian kecuali mereka dengan Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.
Pembayaran Fasa 3 STR 2024 untuk Penerima Permohonan Baharu dan Semakan Semula (Rayuan) akan bermula pada 18 September 2024 dan akan disalurkan secara berperingkat.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM