Rumah Mesra Rakyat 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan

Rumah Mesra Rakyat 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR), yang dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad, menawarkan rumah pada harga berpatutan antara RM 75,000 hingga RM 85,000.

Program ini khusus untuk golongan B40 dan M40 dengan pendapatan bulanan di bawah RM5,000, yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Sejak permulaannya, RMR telah berjaya menyiapkan lebih dari 58,000 unit rumah, membantu golongan sasar dengan menyediakan bantuan projek pembinaan rumah yang berterusan.

Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024

RMR menyediakan subsidi pembinaan rumah yang sempurna dan selesa untuk golongan berpendapatan rendah, termasuk nelayan, petani, dan keluarga miskin yang memiliki tanah tetapi tiada rumah atau hanya memiliki rumah usang.

Subsidi ini, yang berjumlah sehingga RM20,000, diberikan berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan untuk menjamin kualiti dan kelestarian pembinaan rumah tersebut.

Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat 2024

Harga untuk setiap RMR adalah berbeza mengikut lokasi tetapi untuk reka bentuk rumah adalah sama seperti mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Berikut merupakan ciri-ciri RMR 2.0:

  • Keluasan RMR 750 KPS (Semenanjung Malaysia)
    • Harga – RM75,000
    • Subsidi Pembinaan – RM20,000
    • Jumlah Pinjaman – RM55,000
    • Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun) – RM300
  • Keluasan RMR 750 KPS (Pulau di Semenanjung Malaysia
    • Harga – RM85,000
    • Subsidi Pembinaan – RM20,000
    • Jumlah Pinjaman – RM65,000
    • Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun) – RM350
  • Keluasan RMR 750 KPS (Sabah/Sarawak/Labuan)
    • Harga – RM75,000 – RM106,000
    • Subsidi Pembinaan – RM20,000
    • Jumlah Pinjaman – RM55,000 – Rm86,000
    • Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun) – RM300 – RM470

Baca Juga :

Syarat Kelayakan Pemohon

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 65 tahun
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebiji RM5000
  • Pemohon dan pasangan yang tidak memiliki rumh sendiri; atau miliki rumah usang (tidak sempurna)
  • Tapak / tanah cadangan hendaklah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3000, kps (tertakluk kepada reka bentuk)
  • Tertakluk kepada pruntukan kewangan.

Rumah Mesra Rakyat 2.0

Nota: 

  • Keperluan kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur 42 tahun ke atas seluruh Malaysia
  • Untuk permohonan penama kedua perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Cara Membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2024

  • Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/
  • Klik Pendaftaran Baru – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  • Log Masuk ke Laman Utama – Gunakan login ID (email) dan Kata Laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  • Lengkapkan Borang Online dengan mengisi maklumat yang tepat ke dalam sistem
  • Selesai Mengisi Borang – Klik Selesai
  • Majukan Borang dan Dokumen kepada SPNB berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan. Dokumen tersebut adalah seperti berikut;
    • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
    • Salinan kad pengenalan tuan tanah
    • salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
    • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari pejabat tanah yang terbaru
    • Slip gaji terkini (3 bulan)/ surat akuan sumpah pendapatan/ surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua
    • Surat akuan supah/ surat pengesahantidak memiliki rumah/memiliki rumah yang usang
    • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
    • Salinan sijil nikah pemohon
    • Borang laporan tapak bergambar

Nota:

  • Jika bekerja sendiri sila nyatakan penyata bank 3 bulan terkini, pendaftaran perniagaan (SSM), & dokumen sokongan tambahan (jika ada)
  • Surat pengesahan pendapatan/tidak memiliki rumah/memiliki rumah usang perlu disahkan.
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Semakan Status Kelulusan RMR

  • Tempoh permohonan akan mengambil masa selama 3 bulan.
  • Keputusan kelulusan bergantung kepada peruntukan kewangan tahunan.
  • Perjanjian pembinaan rumah disediakan oleh SPNB dan Pelaksanaan Pembinaan juga lantikan oleh SPNB dan tempoh yang diperuntukan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Tanggungjawab Pemohon

  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  • Menyediakan halan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  • Mambuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Rumah Mesra Rakyat 2024 sila layari laman web rasmi https://spnb.com.my