Rumah PPR 2024 iaitu sebuah program dari kerajaan untuk tempat kediaman rakyat yang berpendapatan rendah yang memerlukan kediaman sesuai dengan kemampuan mereka. Program ini telah diperkenalkan sejak Februari 2002 yang bersasarkan golongan yang berpendapatan rendah pada kadar sewaan serendah RM124 sebulan tidak termasuk kos penyelenggaraan.
Terdapat 2 kategori PPR iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. kedua-dua kategori ini menggunakan reka bentuk dan spesifikasi perancangan perumahan kos rendah yang telah di tetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).
Ciri-ciri Rumah PPR 2024
Ciri-ciri adalah seperi berikut:
- Bagi kawasan bandar-bandar besar, jenis rumah bertingkat adalah antara 5 hingga 18 tingkat.
- Bagi kawasan pinggi pandar, jenis rumah adalah rumah teres.
- Untuk keluasan rumah adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
- Contoh binaan rumah adalah 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air.
Kemudahan Asas Rumah PPR 2024
Kemudahan Asas adalah seperti berikut:
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Surat atau Ruang Solat
- Dewan Komuniti
- Taman Permainan
- Rumah Sampah
- Gerai makan atau Ruang niaga
Syarat Permohonan Rumah PPR
Syarat-syarat adalah seperti berikut:
- Pemohon dan pasangan mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Pemohon yang berpendapatan kasar isi rumah RM3000 sebulan
- Pemohon dan pasangan yang belum memiliki rumah
Baca Juga :
- STR Fasa 2 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran
- Bantuan Kanak-kanak (BKK) 2024 JKM
- Permohonan Bantuan Am Persekolahan Kini Di Buka
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 Mula Dikreditkan Hari Ini
Cara Memohon Program Rumah PPR 2024
- Permohonan Secara Manual
- Hubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR untuk setiap negeri.
- Permohonan Secara Online
- Layari laman web rasmi TEDUHÂ https://teduh.kpkt.gov.my/
- Sila daftar akaun SPRN (sekiranya belum mempunyai akaun SPRN)
- Klik Log Masuk untuk meneruskan permohonan
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Program Rumah PPR 2024, sila hubungi pihak berkaitan.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya