Rumah PPRT Tahun 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Permohonan bantuan Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) untuk tahun 2024 kini dibuka.
Inisiatif ini, yang merupakan sebahagian daripada Skim Pembasmian Kemiskinan Rakyat (SPKR), bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar.
Program ini menyasarkan individu dan keluarga dalam kategori miskin dan miskin tegar, dengan hasrat utama meningkatkan taraf hidup serta ekonomi mereka.
Untuk informasi lebih lanjut tentang bantuan PPRT dan cara mengajukan permohonan, sila rujuk panduan yang telah disediakan.
Permohonan Rumah PPRT Tahun 2024
Inisiatif pembinaan dan pembaikan rumah ini merupakan langkah penting untuk menyediakan tempat tinggal yang kondusif, selesa, dan selamat.
Langkah ini dianggap kritikal dalam meningkatkan taraf ekonomi keluarga, memberikan asas yang kukuh untuk pertumbuhan dan pembangunan mereka.
Dengan tempat tinggal yang layak, keluarga dapat memfokuskan pada peningkatan ekonomi dan sosial yang berlanjutan.
Baca Juga :
- MySTR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan
- Permohonan Bantuan Khas Untuk Golongan B40 Dibuka Sehingga 31 Mei 2024
Skop Bantuan Program Rumah PPRT Tahun 2024
Bantuan PPRT, yang disediakan untuk kawasan luar bandar dan kawasan yang ditetapkan oleh kerajaan, mempunyai dua kategori utama.
Setiap kategori ini mempunyai kriteria dan objektif yang tersendiri untuk membantu golongan sasar.
Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan yang diperlukan kepada mereka yang berada di lokasi-lokasi yang kurang berkembang dan memerlukan bantuan.
1. Bina Baharu
Baik pulih yang melibatkan 3 perkara seperti berikut :
- Penyelenggaraan
- Penambahbaikan
- Requisition (Permohonan)
Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sebuah rumah
Penting : Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu
Kumpulan Sasar Program Rumah PPRT Tahun 2024
Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa berkuat kusasa
Berikut merupakan kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang layak :
- Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
- Diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
- Diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
- Diperakui oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
Syarat Program PPRT 2024
1. Bantuan Bina Baharu
- Belum memiliki rumah;
- Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat untuk didiami;
- Tidak ekonomik untuk dibaiki;
- Memiliki tanah sendiri (pemilik penuh); atau
- Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).
2. Bantuan Baik Pulih
- Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai tempat tinggal yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.
Muat Turun Borang Kebenaran Menggunakan Tanah – DI SINI
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
- Warga emas
- Orang kurang upaya (OKU)
- Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
- Mangsa bencana yang berskala kecil
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.
Cara Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT
- Permohonan perumahan PPRT 2024 adalah secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap.
- Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
- Permohonan boleh dirujuk dengan Bahagian Kesejahteraan Rakyat, KKDW, Pejabat KKDW Negeri atau LKW (KEJORA / KETENGAH / KESEDAR / KEDA / PERDA)
MOHON ONLINE PPRT – KLIK DI SINI