Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
SARA 2024 : Tarikh, Jadual Bayaran & Semakan Status - AdaKerjaya - Bantuan Kerajaan, Kerjaya & Semakan Permohonan

SARA 2024 : Tarikh, Jadual Bayaran & Semakan Status

SARA 2024 : Tarikh, Jadual Bayaran & Semakan Status

Dalam Belanjawan 2024, sebanyak 700 ribu penerima Skim Tunai Rahmah (STR) akan mendapat manfaat daripada Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Mereka akan menerima sumbangan sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan.

Sumbangan ini bertujuan untuk membantu penerima STR dalam membeli barang-barang asas di kedai runcit serta memastikan keperluan harian mereka terpenuhi.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600, 2024

Dalam Belanjawan Madani 2024, keluarga yang miskin tegar dengan lima anak atau tiga anak akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan sebanyak RM1200.

Selain itu, bantuan ini juga diperluas kepada 700,000 penerima Skim Tunai Rahmah (STR), dengan pembayaran RM100 sebulan selama 12 bulan, yang akan disalurkan melalui MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ SARA 2024

Penerima isi rumah yang miskin tegar telah dikenal pasti akan menerima kadar tambahan Skim Tunai Rakyat (STR) sebanyak RM1200.

Baca Juga :

SARA 2024

Kategori & Jumlah Bantuan SARA 2024

Fasa 2 Sumbangan Asas Rahmah memperkenalkan dua kategori baharu, iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar yang terdaftar dalam data e-Kasih dan JKM.

Contohnya, kategori ini berhak menerima sumbangan RM100 sebulan selama 12 bulan melalui Program SARA yang bermula pada Januari.

Selain itu, mereka juga layak untuk mendapatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM2500, bergantung kepada jumlah anak dalam isi rumah tersebut.

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2

  1. Portal MySTR
    • Layari portal rasmi MySTR > Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Log Masuk >  Sahkan Kunci Keselamatan > MAsukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan > Klik Bahagian Semakan Permohonan > Lihat Bahagian Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
  2. Portal MyKasih
    • Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Semakan Status
  3. Mendapat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahawa layak mendapat bantuan SARA
  4. Surat Pemakluman bahawa penerima layak mendapat bantuan SARA
  5. Boleh menghubungi Mykasih, HASIL atau MoF

SARA 2024

Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARA) untuk tahun 2024 telah mula disalurkan pada 01 Februari 2024 dengan jumlah RM100 setiap bulan.

Bayaran berikutnya akan bermula pada bulan Mac 2024 dan akan disalurkan terus ke akaun MyKad penerima pada hari pertama setiap bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Penerima di Sabah dan Sarawak akan menerima dua kali bayaran sebanyak RM600.

Pembayaran pertama akan dikreditkan ke akaun bank pada 19 Februari 2024, yang iaitu pada hari Isnin, dan pembayaran kedua pada 12 Ogos 2024, juga pada hari Isnin.

Bayaran ini akan dilakukan secara tunai melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional yang beroperasi di seluruh negara.

SARA 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

 

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024