Semakan SPR 2024 : Pengundi & Daftar Pemilih Tambahan

Semakan SPR 2024 : Pengundi & Daftar Pemilih Tambahan

Salah satu fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dinyatakan dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan adalah mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih.

Ini membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pemilihan wakil rakyat di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, yang mana wakil ini akan menyuarakan pendapat dan kepentingan mereka.

Sejak ditubuhkan, SPR telah melaksanakan tugas pendaftaran pemilih tanpa gagal, dan sejak 16 Julai 2002, urusan pendaftaran telah dibuka setiap hari sepanjang tahun, berbanding dengan sistem bermusim sebelumnya.

Setiap warganegara yang layak mempunyai hak untuk memilih kerajaan, tetapi mereka mesti mendaftarkan diri dalam daftar pemilih terlebih dahulu untuk mengundi dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Jenis Pendaftaran Pemilih

Berikut dikongsikan jenis-jenis pendaftaran pemilih :-

Penftaran Baru

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima permohonan daripada warganegara yang ingin mendaftar sebagai pemilih untuk kali pertama.

Proses ini merupakan langkah penting dalam memastikan hak demokrasi setiap individu dapat dilaksanakan.

Warganegara yang layak dijemput untuk mengambil bahagian dalam sistem pilihan raya negara, memperkukuhkan asas keadilan dan kesaksamaan dalam proses demokrasi.

Pengundi Tidak Hadir

Pengundi Tidak Hadir (PTH) merujuk kepada anggota tentera dan pasangan mereka, anggota perkhidmatan awam serta pelajar sepenuh masa yang berada di luar negara bersama pasangan,

sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Golongan ini diberikan kebenaran untuk mengundi melalui pos.

Syarat Kelayakan

  1. Pemilih mestilah warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun keatas
  3. Mestilah bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
  4. Tiada halangan atau tidak dihalang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

Cara Daftar SPR Secara Atas Talian

Permohonan Akaun Baru (Akuan Pengguna)

  • Layari portal rasmi SPR di pautan
  • Klik pada “Permohonan Akaun Baharu”
  • Masukkan Nama seperti dalam Mykad
  • Masukkan No. Kad Pengenalan diri
  • Pemohon yang berstatus Polis atau Tentera perlu masukkaan No. Perkhidmatan
  • Masukan No. Telefon
  • Masukkan E-mel
  • Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan
  • Masukkan Soalan Keselamatan berserta Jawapan Keselamatan
  • Masukkan alamat lengkap seperti dalam Mykad
  • Muat naik Gambar Mykad (depan), kad kuasa polis/my tentera, Gambar swafoto/selfie bersama mykad,kad kuasa polis/my tentera
  • Masukkan CAPTCHA
  • Tandakan di bahagian deklarasi “saya telah membaca syarat-syarat kelayakn untuk mendaftar” sebagai tanda setuju
  • Klik “Daftar” untuk menghantar borang permohonan akaun pengguna
  • Sistem akan membuat verifikasi dan memaparkan mesej permohonan diterima
  • Notifikasi e-mel permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
  • Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu e-mel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftar mengikut waktu yang telah ditetapkan
    • Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama sebelum jam 5.30 petang.
    • Permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.
    • Permohonan yang dihantar pada Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang

Baca Juga:

Cara Daftar SPR Secara Manual

Untuk Pemilih Biasa

  • Pergi ke pusat pendaftaran yang terdekat
  • Berikan kad pengenalan kepada petugas SPR untuk mengisi borang pendaftaran
  • Semak semula borang yang telah diisi oleh petugas SPR bagi mengelakkan sebarang kesalahan dalam borang pendaftaran
  • Turunkan tandatangan sekiranya semua maklumat betul
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti pendaftaran telah di buat untuk tututan tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan

Untuk Pengundi Tidak Hadir

  • Anggota Tentera
    • Menghubungi petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP
    • Berikan kad pengenalan diri & kad pengenalan tentera kepada petugas SPR untuk mengisi borang pendaftaran
    • Semak semula borang yang telah diisi oleh petugas SPR bagi mengelakkan sebarang kesalahan dalam borang pendaftaran
    • Turunkan tandatangan sekiranya semua maklumat betul
    • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti pendaftaran telah di buat untuk tututan tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan

NOTA : 

Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.

– Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

Semakan SPR 2024 Daftar Pemilih Tambahan

Semakan SPR 2024

Semakan SPR 2024

Kaedah Semakan SPR 2024

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024

Semakan SPR 2024

Maklumat Lanjut Semakan SPR 2024

Sebarang persoalan mengenai semakan SPR, sila hubungi pihak berkaitan.