Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah (STR) 2024

Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah (STR) 2024

Penerima bantuan tunai STR Fasa 3 kini boleh menyemak status pembayaran mereka yang dijadualkan pada bulan Ogos melalui portal MySTR.

Inisiatif ini, yang merupakan sebahagian daripada Belanjawan 2024, bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dengan menyediakan bantuan kewangan.

Semakan Status Bantuan Tunai

Baca Juga:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penggabungan skim bantuan BSH, BKM, BPN, dan BPR menjadi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga B40 dengan bantuan tunai sehingga RM3,100.

Pelancaran STR Fasa 2, dengan peruntukan RM8 bilion, diharapkan dapat mengurangkan beban kewangan bagi 8.7 juta penerima.

Tarikh Bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Semakan Status Bantuan Tunai

Kerajaan telah mengumumkan Belanjawan 2024 dengan pembaharuan untuk fasa seterusnya, termasuk pemberian bayaran tambahan untuk golongan Miskin Tegar.

Selain itu, akan disediakan juga sumbangan bakul makanan dan baucar pembelian barangan makanan asas, dalam usaha meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Semakan Status & Tarikh Bantuan STR 2024

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah (STR) 2024

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Semakan Status Bantuan Tunai

Maklumat Lanjut Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah (STR) 2024

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :