Semakan Status Bayaran STR Fasa 3
Kementerian Kewangan telah mengumumkan secara rasmi melalui siaran media bahawa tarikh rasmi untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah pada hari Khamis, 29 Ogos 2024.
Pada masa ini, kerajaan sedang berada di peringkat akhir proses memverifikasi data bagi kira-kira 8 juta penerima yang layak menerima sumbangan tersebut.
Pengumuman ini merupakan langkah penting dalam usaha kerajaan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat yang memerlukan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Sumbangan Tunai Rahmah ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan penerima dan memberikan sedikit kelegaan dalam kehidupan seharian mereka.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Inisiatif STR merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat yang berpendapatan rendah hingga sederhana.
Program ini dirancang untuk meringankan beban ekonomi yang dihadapi oleh golongan ini, terutama dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu.
Melalui STR, kerajaan berusaha untuk memastikan bahawa setiap warganegara yang layak menerima manfaat yang sewajarnya.
Cara Semakan Status Bayaran STR Fasa 3
Ini adalah cara semakan melalui pautan atau protal rasmi MySTR
Berikut dikongsikan panduan semakan :
- Layari laman web MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan no kad pengenalan pemohon kemudian klik butang “Log Masuk”
- Setelah log masuk tekan butang “Semak” dan sahkan kod keselamatn yang dipaparkan.
- Seterusnya, masukkan kata laluan yang tepat dan tekan butang “Log Masuk”
- Tekan pada ruangan “Semakan Permohonan” yang dipaparkan pada menu utama
- Status permohonan akan dipaparkan.
Berikut adalah contoh paparan yang akan terlihat ;
Jadual Bayaran STR Fasa 3 Dikreditkan
Baca Juga:
- Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Buka Pengambilan Terkini Ogos 2024
- Rumah Mesra Rakyat 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan
Jadual Bayaran STR 2024 Dikreditkan Mengikut Bank
Kaedah Bayaran STR Fasa 3 & Semakan Status Bayaran
Berikut adalah kaedah pembayaran STR Fasa 3
- Pengkreditan terus ke dalam Akaun Bank penerima/pasangan STR seperti yang telah di daftarkan dalam portal MySTR atau cawangan LHDN yang berhampiran.
- Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan di kawasan penerima STR sekiranya tiada maklumat akaun bank atau status pengkreditan gagal dikreditkan.
Kategori Yang Layak Memohon STR Fasa 3
Isi Rumah
- Pendapatan di bawah Rm2,500 (tiada had umur)
- 5 anak atau lebih – RM500
- 3 – 4 anak – RM500
- 1 – 2 anak – RM500
- Tiada anak – RM500
- Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- 5 anak atau lebih – RM300
- 3 – 4 anak – RM250
- 1 – 2 anak – RM150
- Tiada anak – RM100
Bujang / Warga Emas yang tiada pasangan
- Pendapatan bujang RM2,500 ke bawah (berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun) – RM150
- Pendapatan Warga Emas yang tiada pasangan RM5000 ke bawah (60 tahun ke atas) – RM150
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024
Kementerian Kewangan (MOF) telah mengeluarkan satu kenyataan media yang menekankan pentingnya kesedaran masyarakat mengenai taktik penipuan.
Kenyataan ini khususnya ditujukan kepada penerima STR yang mungkin menjadi sasaran penipuan.
MOF menyeru masyarakat agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah tertipu dengan helah penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, MOF menggesa setiap individu untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan kesahihan dan kepercayaan semua maklumat yang diterima, sebagai usaha untuk menghindari menjadi mangsa penipuan.
Ini adalah langkah penting untuk melindungi diri sendiri dan orang lain dari kerugian yang mungkin timbul akibat penipuan.
Maklumat Lanjut Semakan Status Bayaran
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM