Semakan Status & Jadual Bayaran STR Fasa 3

Semakan Status & Jadual Bayaan STR Fasa 3

Semakan untuk bayaran bantuan tunai STR Fasa 3, yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini, boleh dibuat melalui portal MySTR.

Ini merupakan langkah yang termasuk dalam inisiatif bantuan kewangan yang telah disediakan melalui Belanjawan 2024.

Semakan Status & Jadual

Baca Juga:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan penjenamaan semula skim bantuan kerajaan, yang kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Skim ini, sebelumnya dikenali dengan pelbagai nama seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), bertujuan untuk menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40.

Melalui STR, kerajaan berkomitmen untuk meringankan beban kos sara hidup dengan menyediakan peruntukan hampir RM8 bilion, yang akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima.

Tarikh & Jadual Bayaran STR Fasa 3

Kementerian Kewangan Malaysia telah menetapkan jadual pembayaran untuk STR Fasa 1, 2, 3, dan 4 pada tahun 2024.

Bayaran STR Fasa 3 akan bermula pada bulan Ogos 2024.

Tarikh pembayaran yang spesifik akan diumumkan setelah pengumuman rasmi dikeluarkan.

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Semakan Status & Jadual

Untuk fasa seterusnya, kerajaan telah mengumumkan pembaharuan dalam Belanjawan 2024, termasuk pemberian bayaran tambahan kepada golongan Miskin Tegar. Selain itu, sumbangan bakul makanan dan baucar untuk pembelian barangan makanan asas juga akan diberikan, sebagai usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Semakan Status & Jadual Bayaran STR Fasa 3

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan ;

  1. Isi Rumah
    • Pendapatan kurang dari RM2500
      • Anak lebih dari 5 orang : RM2500
      • Anak 3-4 orang : RM2000
      • Anak 1-2 orang : RM1500
      • Tiada Anak : RM1000
    • Pendapatan RM2501 – RM5000
      • Anak lebih dari 5 orang : RM1250
      • Anak 3-4 orang : RM1000
      • Anak 1-2 orang : RM750
      • Tiada Anak : RM500
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
  3. Bujang
    • Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350

Berikut merupakan Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

Semakan Status & Jadual

Cara Semakan

Kaedah Bayaran

  1. Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
  2. Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
  3. Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ  https://bantuantunai.hasil.gov.my/