Semakan Status STR Fasa 2 2024
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memegang jawatan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, telah mengeluarkan arahan agar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2024 mula diagihkan kepada penerima yang layak bermula 3 April 2024.
Sehingga kini, pendaftaran untuk menerima bantuan ini telah mencapai angka 8.2 juta individu, menandakan minat dan keperluan yang tinggi terhadap program bantuan kerajaan ini.
Angka permohonan yang dijangka meningkat ke hampir 9 juta tahun ini mencerminkan perubahan dalam proses permohonan dan kemas kini, yang kini dibuka sepanjang tahun berbanding dengan hanya setahun sekali sebelum ini.
Untuk bayaran STR Fasa 2, maklumat lanjut akan dikongsi untuk memastikan semua pihak mendapat maklumat yang terkini dan tepat mengenai bantuan yang disediakan.
Baca Juga :
- Pengeluaran KWSP Akaun 3 Dibenarkan Bermula April Ini
- Doa Malam Lailatul Qadar & Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Sebelum ini, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri telah melaksanakan beberapa skim bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk membantu rakyat.
Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan bahawa skim-skim bantuan tersebut akan dikenali dengan nama baru, iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Program STR ini dirancang untuk menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40, dengan jumlah sumbangan yang boleh mencapai sehingga RM3,100.
Selanjutnya, STR Fasa 2 diharapkan dapat meringankan beban kos sara hidup bagi 8.7 juta penerima, dengan peruntukan yang hampir mencapai RM8 bilion
Tarikh Pembayaran STR Fasa 2
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengarahkan agar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 disegerakan sebelum perayaan Aidilfitri, yang jatuh pada awal April, dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Pembayaran ini, yang bermula pada 3 April 2024, akan dikreditkan secara berperingkat berdasarkan kategori kelayakan masing-masing.
Seterusnya, dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah mengumumkan pembaharuan dengan menyediakan bayaran tambahan untuk kategori Miskin Tegar, serta menyediakan sumbangan bakul makanan dan baucar untuk barangan makanan asas.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memberikan keterangan bahawa penerima Fasa 2 adalah mereka yang telah menerima Fasa 1, setelah data mereka disemak silang dengan rekod kematian pemohon dan pasangan hingga 28 Februari.
Bagi mereka yang bukan penerima Fasa 1 atau Fasa 2, permohonan baru atau kemaskini akan diproses untuk pembayaran Fasa 3, dengan syarat mereka memenuhi kriteria kelayakan STR.
Jumlah Bayaran STR Fasa 2
Untuk tahun 2024, kadar bayaran bagi STR telah ditetapkan dan akan diikuti sebagaimana yang telah disusun :
- Isi Rumah
- Pendapatan kurang dari RM2500
- Anak lebih dari 5 orang : RM2500
- Anak 3-4 orang : RM2000
- Anak 1-2 orang : RM1500
- Tiada Anak : RM1000
- Pendapatan RM2501 – RM5000
- Anak lebih dari 5 orang : RM1250
- Anak 3-4 orang : RM1000
- Anak 1-2 orang : RM750
- Tiada Anak : RM500
- Pendapatan kurang dari RM2500
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
- Bujang
- Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350
Berikut merupakan Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
Semakan Status STR Fasa 2 2024
- Layari Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk di laman utama untuk semakan lanjut.
Kaedah Bayaran
- Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
- Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
- Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/