Semakan Status, Tarikh & Jadual Bayaran SARA 2024

Semakan Status, Tarikh & Jadual Bayaran SARA 2024

Dalam Belanjawan 2024, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan memberi manfaat kepada 700 ribu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan sumbangan RM100 setiap bulan untuk tempoh 12 bulan.

Inisiatif ini dirancang untuk membantu penerima STR dalam membeli keperluan asas di kedai runcit dan memastikan keperluan harian mereka terpenuhi.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600, 2024

Belanjawan Madani 2024 telah mengumumkan bahawa keluarga miskin tegar yang mempunyai lima atau tiga anak akan mendapat manfaat daripada

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan sebanyak RM1200.

Tambahan pula, bantuan ini kini diperluaskan kepada 700,000 penerima Skim Tunai Rahmah (STR),

di mana mereka akan menerima RM100 setiap bulan selama setahun, yang akan disalurkan secara langsung melalui MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ SARA 2024

Penerima isi rumah yang miskin tegar telah dikenal pasti akan menerima kadar tambahan Skim Tunai Rakyat (STR) sebanyak RM1200.

Baca Juga :

SARA 2024

Kategori & Jumlah Bantuan SARA 2024

Program Sumbangan Asas Rahmah, dalam Fasa 2, telah memperkenalkan dua kategori baru yang merangkumi isi rumah miskin dan miskin tegar yang terdaftar dalam pangkalan data e-Kasih dan JKM.

Isi rumah yang tergolong dalam kategori ini berhak menerima sumbangan bulanan sebanyak RM100 selama setahun melalui Program SARA yang akan dimulakan pada bulan Januari.

Tambahan pula, mereka juga berpeluang untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM2500, yang ditentukan berdasarkan bilangan anak dalam isi rumah tersebut.

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2

  1. Portal MySTR
    • Layari portal rasmi MySTR > Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Log Masuk >  Sahkan Kunci Keselamatan > MAsukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan > Klik Bahagian Semakan Permohonan > Lihat Bahagian Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
  2. Portal MyKasih
    • Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Semakan Status
  3. Mendapat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahawa layak mendapat bantuan SARA
  4. Surat Pemakluman bahawa penerima layak mendapat bantuan SARA
  5. Boleh menghubungi Mykasih, HASIL atau MoF

SARA 2024

Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARA) untuk tahun 2024 telah mula disalurkan pada 01 Februari 2024 dengan jumlah RM100 setiap bulan.

Bayaran berikutnya akan bermula pada bulan Mac 2024 dan akan disalurkan terus ke akaun MyKad penerima pada hari pertama setiap bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Penerima di Sabah dan Sarawak akan menerima dua kali bayaran sebanyak RM600.

Pembayaran pertama akan dikreditkan ke akaun bank pada 19 Februari 2024, yang iaitu pada hari Isnin, dan pembayaran kedua pada 12 Ogos 2024, juga pada hari Isnin.

Bayaran ini akan dilakukan secara tunai melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional yang beroperasi di seluruh negara.

SARA 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

 

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024