Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) 2024 – Cara Daftar dan Kemaskini Sehingga 31 Mac 2024

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) – sistem penyimpanan dan pengelolaan maklumat yang digunakan sebagai sumber utama data oleh kerajaan. Sistem ini adalah untuk memastikan rakyat tidak tercicir daripada menerima sebarang subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial bagi yang benar-benar layak

Pengenalan

PADU adalah singkatan dari Pangkalan Data Utama yang digunakan untuk menyimpan profil individu dan isi rumah termasuk warganegara dan penduduk tetap di Malaysia. Maklumat dalam PADU diperoleh melalui pengintegrasian data dari berbagai sumber pentadbiran seperti jabatan pendaftaran, jabatan imigresen, jabatan perangkaan dan sumber data lain yang relevan.

Tujuannya adalah untuk meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan Kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.

Cara-Cara Mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)

Sekiranya mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam portal ini, rakyat dapat memastikan bahawa mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial daripada kerajaan sekiranya mereka layak.

Berikut merupakan cara-cara mendaftar Sistem PADU;

Pendaftaran Secara Dalam Talian

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)

Baca juga:

Pendaftaran Secara Bersemuka

Sesuai untuk kawasan luar bandar yang tiada akses internet dengan menggunakan pendaftaran secara manual;

  • Menggunakan borang atau Help Desk/Jelajah di pejabat Daerah/Penghulu/MPKK/PBT, Pusat Ekonomi Digital, Pusat Internet Desa, Premis agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri
  • Pastikan membawa dokumen seperti;
    • Kad Pengenalan
    • Maklumat Bank
    • Maklumat Pekerjaan
    • Maklumat Pendapatan
    • Maklumat Pendidikan
    • Maklumat Komitmen

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti atau sebarang persoalan berkenaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi tahun 2024 klik  – DI SINI.