Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Skim Khairat Kematian (SKK) 2024 - Cara Permohonan

Skim Khairat Kematian (SKK) 2024 – Cara Permohonan

Skim Khairat Kematian (SKK) 2024 – Anda mungkin tidak sedar bahawa jika anda atau pasangan anda adalah penerima STR yang telah kembali ke rahmatullah, anda layak untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada Skim Khairat Kematian (SKK) untuk tahun 2024.

Pengenalan

LHDNM dan BSN telah menyediakan Bantuan SKK untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh pandemik COVID-19. Bantuan SKK adalah satu inisiatif kerajaan untuk memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang layak.

Jika anda atau pasangan anda adalah warganegara Malaysia yang meninggal dunia antara 1 Januari 2023 hingga 31 Januari 2024, dan anda telah memohon STR 2023 sebagai Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan, anda mungkin berhak untuk mendapatkan tuntutan daripada SKK.

Berikut merupakan gambaran untuk penerangan SKK;

Skim Khairat Kematian (SKK) 2024

Baca Juga:

Jumlah Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) 2024

Untuk membantu golongan yang terjejas kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan kewangan kepada mereka. Bantuan ini melibatkan pembayaran sebanyak RM1000 secara tunai kepada setiap penerima yang layak.

Tempoh Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) 2024

  • Untuk mendapatkan SKK STR 2023, waris pemohon yang layak menerima STR 2023 dan meninggal dunia antara 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 boleh membuat tuntutan di BSN.
  • Tempoh tuntutan telah dipanjangkan sehingga 31 Januari 2024 bagi kesemua kematian yang berlaku dalam tahun 2023.

Syarat – Syarat Kelayakan Permohonan

Skim Khairat Kematian (SKK) 2024

Cara Membuat Permohonan SKK 2024

  • Anda boleh membuat permohonan untuk Skim Tabung Rakyat (STR) jika anda adalah waris yang disenaraikan kepada penerima yang layak di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran seluruh Malaysia
  • Pemohon perlu sertakan dokumen – dokumen penting untuk permohonan spserti;
    • Pemohon perlu kemukakan Sijil Kematian Pemoho atau Pasangan (salinan dan sudah disahkan)
    • Kad Pengenalan asal Waris (salinan dan sudah disahkan);
    • Pemohon perlu kemukakan dokumen pembuktian sekiranya Pemohon atau Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Skim Khairat Kematian (SKK) 2024 sila layari laman web rasmiĀ  https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau sila muat turun DI SINI untuk soalan lazim FAQ