Status Pengeluaran Wang KWSP Akaun 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran

Status Pengeluaran Wang KWSP Akaun 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran

Pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP, yang telah diumumkan pada 11 Mei 2024.

Ramai yang bertanya tentang tarikh bayaran dan dikreditkan ke akaun, serta kaedah pengkreditan yang akan digunakan.

Untuk maklumat terkini berkaitan dengan bayaran Akaun 3 KWSP, marilah kita ikuti perkembangan terbaru dari KWSP.

Pengenalan

Penstrukturan semula akaun KWSP bertujuan untuk mengukuhkan jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

Dalam penstrukturan ini, akaun KWSP akan berubah dari dua akaun kepada tiga akaun. Akaun yang sedia ada akan dinamakan semula sebagai “Akaun Persaraan” dan “Akaun Sejahtera”, dengan tujuan asal akaun ini kekal tidak berubah.

Akaun baru yang diperkenalkan, “Akaun Fleksibel”, membolehkan ahli mengakses atau mengeluarkan simpanan mengikut keperluan mereka, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun-akaun ini mengikut nisbah yang ditetapkan: 75% ke “Akaun Persaraan”, 15% ke “Akaun Sejahtera”, dan 10% ke “Akaun Fleksibel”.

Status Pengeluaran Wang KWSP

Status Pengeluaran Wang KWSP

Baca Juga :

Cara Daftar Akaun 3 KWSP

Ahli yang memiliki baki simpanan RM3,000 atau lebih dalam Akaun Sejahtera berhak untuk memindahkan sebahagian daripada baki tersebut ke Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan.

Proses pemindahan ini boleh dilaksanakan selepas tarikh pelaksanaan yang ditetapkan.

Amaun permulaan yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel ditentukan berdasarkan baki dalam Akaun Sejahtera pada tarikh permohonan.

Amaun yang dipindahkan akan diagihkan mengikut nisbah yang telah ditetapkan.

  • Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) ;
  • Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera (Akaun 2) ; dan
  • Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan (Akaun 1)

Status Pengeluaran Wang KWSP

Untuk ahli yang mempunyai baki simpanan kurang daripada RM3,000 Akaun Sejahtera pula adalah seperti berikut :

  • Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
  • Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.
  • Tiada pindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan bagi simpanan dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000

Status Pengeluaran Wang KWSP

Baki Akaun Sejahtera RM1000 dan ke bawah :

Pindahan amaun boleh di buat oleh ahli dalam Akaun Fleksibel melalui saluran seperti berikut :

  • KWSP i-Akaun ; atau
  • Self-Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

Tarikh Daftar / Permohonan Pindahan Amaun

Dari 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli berpeluang untuk memindahkan amaun permulaan mereka.

Peluang ini adalah hanya sekali dan keputusan yang dibuat tidak dapat dibatalkan.

Ahli yang memilih untuk tidak menggunakan peluang ini akan mengekalkan baki dalam Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel mereka tidak berubah.

Tambahan pula, caruman baru akan terus dimasukkan ke dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Tarikh Kelulusan Pemindahan Bayaran Ke Akaun 3 KWSP

Setelah mendaftar dan membuat permohonan pemindahan amaun ke Akaun 3 / Akaun Fleksibel KWSP, bayaran akan diterima dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

Ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, mengikut terma dan syarat yang berlaku.

Namun, KWSP menyarankan agar pengeluaran hanya dilakukan dalam situasi kecemasan atau untuk keperluan yang sangat mendesak.

Cara Memohon Pengeluaran Akaun 3

  1. KWSP i-akaun; atau
  2. Kaunter KWSP

Kaedah Bayaran Pengeluaran Akaun 3

Untuk melakukan pembayaran Pengeluaran Akaun 3 Fleksibel KWSP, ahli harus memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Memiliki akaun bank yang masih aktif, sama ada simpanan atau semasa;
  2. Akaun bank tersebut mesti didaftarkan atas nama ahli itu sendiri, bukan sebagai akaun bersama atau atas nama syarikat.

Bayaran akan diproses melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Sebagai peringatan, ahli yang belum memiliki akaun bank disarankan untuk membuka akaun bank terlebih dahulu sebelum mengajukan permohonan untuk Pengeluaran Akaun Fleksibel.

Status Pengeluaran Wang KWSP Akaun 3 : Tarikh Kelulusan / Bayaran Pengeluaran

Bayaran dari Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP akan diproses dan dibayar dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan telah diluluskan oleh pihak KWSP.

Maklumat Lanjut Status Pengeluaran Wang KWSP Akaun 3

Sebarang persoalan mengenai pengeluaran ini dan untuk mendapatkan maklumat sahih boleh rujuk :