Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
STR 2024 : Tarikh Pembayaran & Semakan Status STR Fasa 1

STR 2024 : Tarikh Pembayaran & Semakan Status STR Fasa 1 Telah Diumumkan

STR 2024 – Tarikh Pembayaran & Semakan Status Bayaran STR Fasa 1 Telah Diumumkan oleh kementerian kawangan Malaysia. Penerima STR yang permohonannya layak atau berjaya akan menerima bayaran pada 29 Januari 2024 iaitu pada minggu hadapan. Bayaran STR 2024 Fasa 1 telah di awalkan pada Januari ini.

STR 2024 : Tarikh & Semakan Kadar Bayaran STR Fasa 1

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan untuk meningkatkan kadar minimum STR bagi golongan belia dan isi rumah. Beliau berkata “Kami telah memutuskan untuk menaikkan jumlah bantuan STR yang diberikan kepada golongan yang memerlukan. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.”

STR 2024

Baca Juga:

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2500 Ke Bawah)

  • Isi Rumah yang berpendapatan RM2500 ke bawah (tiada had umur)
  • Tiada anak – RM500
  • 1 ke 2 anak – RM500
  • 3 ke 4 anak – RM500
  • 5 anak atau lebih – RM500

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2500 hingga RM5000)

  • Isi Rumah yang berpendapatan RM2500 hingga RM5000 (tiada had umur)
  • Tiada adak – RM100
  • 1 ke 2 anak – RM150
  • 3 ke 4 anak – RM250
  • 5 anak atau lebih – RM300

Bujang/Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang yang berpendapatan RM2500 ke bawah (berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun) – RM150
  • Warga Emas Tiada pasangan berpendapatan RM5000 ke bawa (berumur 60 tahun ke atas) – RM150

Permohonan & Semakan Status STR 2024

Permohonan STR 2024 telah dibuka sepanjang tahun. Berikut merupakan gambaran untuk tempoh permohonan baru dan kemaskini maklumat terkini;

STR 2024

STR 2024 : Tarikh Bayaran

  • Fasa 1 – 29 Januari 2024 (Isnin)
  • Fasa 2 – April 2024
  • Fasa 3 – Ogos 2024
  • Fasa 4 – November 2024

Bayaran Tambahan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)

Bagi mereka yang memenuhi syarat akan menerima kadar tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berikut merupakan golongan yang layak;

  • Kategori MISKIN atau MISKIN TEGAR mengikut data e-Kasih atau Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) akan mendapat RM100 setiap bulan selama 12 bulan. Jumlah keseluruhan RM1200.
  • Kategori ISI RUMAH yang bukan terstatus Miskin atau Miskin Tegar mengikut data e-Kasih atau JKM akan mendapat RM300
  • Kategori BUJANG dan WARGA EMAS TIADA PASANGAN yang bukan berstatus Miskin atau Miskin Tegar mengikut data e-Kasih atau JKM akan mendapat RM150

Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ  https://bantuantunai.hasil.gov.my/