STR Bujang Fasa 2 – Untuk golongan bujang, semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang Fasa 2 tahun 2024 kini boleh dilakukan.
Untuk informasi lebih lanjut mengenai STR Bujang 2024, termasuk tarikh pembayaran ke akaun penerima, sila rujuk maklumat yang disediakan di bawah ini.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Program ini adalah inisiatif yang dilancarkan di bawah Belanjawan MADANI untuk membantu individu dan keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi kos sara hidup yang meningkat.
Program ini juga termasuk dalam konsep Payung Rahmah, yang menyediakan bantuan kewangan kepada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, dan juga golongan Bujang.
Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang Fasa 2
- Fasa 1 – 29 Januari 2024
- Fasa 2 – 3 April 2024
- Fasa 3 – Ogos 2024 (akan diumumkan)
- Fasa 4 – November 2024 (akan diumumkan)
Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Layari Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk di laman utama untuk semakan lanjut.
Jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Bujang Fasa 2 2024
- Jumlah bantuan adalah sebanyak RM350
- Pembayaran akan dilakukan mengikut fasa yang telah ditetapkan
- Tarikh pembayaran tertakluk pada perubahan semasa
Baca Juga :
- Pengeluaran KWSP Akaun 3 Dibenarkan Bermula April Ini
- Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 : Senarai Penerima & Tarikh Bayaran
Kaedah Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
- Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
- Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
- Pembayaran STR Fasa 2 bermula 3 April 2024
- Pembayaran akan dibuat secara berperingkat
- Bayaran secara tunai akan dilakukan bermula 3 April 2024 (Rabu) di seluruh cawangan BSN dan penerima dikehendaki membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
- Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/atau hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747.