STR Bujang – Kategori bujang iaitu 21 tahun keatas kini boleh membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini. Sekiranya tidak melanjutkan di mana-mana institusi pengajian.
Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai permohonan untuk STR pada tahun 2024.
Pengenalan
STR adalah Sumbangan Tunai Rahmah iaitu sebuah inisiatif daripada kerajaan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ini.
Selain itu, terdapat beberapa kategori yang akan mendapat bantuan ini antaranya adalah bujang, warga emas, OKU, dan isi rumah. Golongan ini akan menerima bantuan tersebut sekiranya layak.
Syarat Kelayakan STR Bujang
Bujang
- Individu yang bujang (tidak termasuk yang masih belajar di mana-mana institusi pengajian)
- Individu bujang yang dalam kategori ibu/bapa tunggal, balu, janda, duda yang tiada anak dan menepati syarat kelayakan
- Individu yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun
- Individu yang berpendapatan di bawah RM2500
Jumlah Bayaran STR 2024
Berikut merupakan jumlah bayaran bagi penerima yang layak dan menepati syarat;
Baca Juga:
- MySTR 2024 – Tarikh Bayaran Fasa 1 Mengikut Kategori
- Bantuan Insentif Khas RM1,500 Untuk Setiap Individu
- MyKasih 2024 : Semakan Status Bayaran SARA Fasa 1
- Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024
- Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Tahun 2024
Tarikh Bayaran STR Bujang 2024
Penerima bantuan pada tahun 2024 dalam kategori bujang akan terbahagi kepada 4 fasa iaitu;
- Fasa 1 (Februari 2024)
- Fasa 2 (April 2024)
- Fasa 3 (Ogos 2024)
- Fasa 4 (November 2024)
Nota: Pembayaran bagi kategori STR Bujang untuk Fasa 1,2,3, dan 4 secara berperingkat dan tertakluk pada perubahan masa.
Cara Permohonan
Pemohon baru pada tahun 2024 hendak membuat permohonan boleh klik PanduanPenggunaSTR_PermohonanBaharu untuk memuat turun manual Panduan Pengguna Permohonan Baharu Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023).
Perlu Atau Tidak Kemaskini STR 2024?
Borang MySTR Tahun 2024 Fasa 1
Borang permohonan STR 2024 BK-01 [1/2024]
- Saluran pertama – melayari laman portal MySTR dan muat turun borang tersebut. klik DI SINI
- Saluran kedua – dengan pergi ke Pejabat HASiL/Pejabat Satelit HASiL/UTC HASiL yang berdekatan dan mengambil borang secara fizikal.
Penghantaran Borang Secara Manual MySTR 2024
Semasa menghantar borang STR 2024 pemohon perlu untuk sertakan dokumen sokongan.
Pemohon perlu menghantar ke mana-mana cawangan yang berhampiran dan memastikan bahawa pejabat yang di pilih adalah sama seperti negeri pemohon.
Antara pejabat tersebut adalah;
- Pejabat HASiL
- Pejabat Satelit HASiL
- UTC HASiL
Pemohon akan mendapat keratan Akaun Penerimaan Permohonan STR seperti berikut sekiranya menghantar borang secara manual;
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/