STR Fasa 2 Akan Mula Dikreditkan Secara Berperingkat Mulai 3 April 2024
Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim, telah mengumumkan bahawa Kementerian Kewangan akan menjalankan pembayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 3 April kepada penerima yang telah berdaftar dalam pangkalan data bantuan tersebut.
Pengumuman ini dibuat semasa beliau berucap di Majlis Perjumpaan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memberikan sokongan kewangan kepada rakyat yang memerlukan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 2 akan dikongsi untuk pengetahuan umum.
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2
Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan penjenamaan semula skim bantuan kerajaan yang sebelum ini dikenali sebagai BSH, BKM, BPN, dan BPR.
Skim ini kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024), yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup golongan B40.
Melalui program STR, kerajaan menyalurkan sumbangan tunai yang berjumlah sehingga RM3,100 kepada 8.7 juta penerima, dengan peruntukan keseluruhan hampir RM8 bilion.
Tarikh Bayaran STR Fasa 2
Pembayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan bermula pada 3 April 2024, yang jatuh pada hari Rabu. Ini merupakan pengumuman terkini yang penting bagi penerima-penerima skim tersebut.
Dalam Majlis Perjumpaan Bulanan, Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri telah memaklumkan perkara ini. Seterusnya, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu kenyataan media rasmi mengenai perkara yang sama.
Baca Juga :
- Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 : Senarai Penerima & Tarikh Bayaran
- TERKINI : Bonus Setengah Bulan Gaji Sempena Perayaan Tahun 2024
LHDN telah memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan hingga 28 Februari.
Permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2 akan menerima bayaran pada Fasa 3, jika mereka layak.
Jumlah Bayaran STR Fasa 2
Untuk tahun 2024, kadar bayaran bagi STR telah ditetapkan dan akan diikuti sebagaimana yang telah disusun :
- Isi Rumah
- Pendapatan kurang dari RM2500
- Anak lebih dari 5 orang : RM2500
- Anak 3-4 orang : RM2000
- Anak 1-2 orang : RM1500
- Tiada Anak : RM1000
- Pendapatan RM2501 – RM5000
- Anak lebih dari 5 orang : RM1250
- Anak 3-4 orang : RM1000
- Anak 1-2 orang : RM750
- Tiada Anak : RM500
- Pendapatan kurang dari RM2500
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
- Bujang
- Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350
Berikut merupakan Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
Cara Semakan
- Layari Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk di laman utama untuk semakan lanjut.
Kaedah Bayaran
- Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
- Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
- Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/