STR Fasa 2 Masuk

STR Fasa 2 Masuk Bila 2025 : Semakan Status Layak Atau Tidak Penerima Bayaran

STR FASA 2 MASUK BILA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

STR Fasa 2 Masuk Bila untuk individu yang telah mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan telah disahkan status ‘Layak’ tentunya tertanya-tanya bilakah bayaran fasa kedua (2) akan dimasukkan kerana bayaran fasa pertama (1) telah selesai dibayar kepada 8.3 juta penerima.

Bagaimanakah semakan str fasa 2 masuk bila? Ikuti maklumat dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

STR FASA 2 MASUK BILA 2025

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua akan dimasukan bermula pada 3 April 2025 dan berperingkat. Namun, sekiranya terdapat perubahan tarikh, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

CARA BAYARAN STR FASA 2 2025

Tedapat dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2), iaitu :

  • Pengkreditan secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR; atau
  • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

STR Fasa 2 Masuk

Baca Juga:

MASA BAYARAN STR FASA 2 MASUK 2025

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua adalah pasa masa berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain Bank : Selepas 10 malam.

*Nota : Masa bayaran masuk ke dalam bank adalah tidak menentu dan akan mengambil masa tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 MASUK 2025

Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :

Isi Rumah Pendapatan Rendah (B40) :

  • RM150 hingga RM650 (mengikut bilangan anak).

Isi Rumah Pendapatan Sederhana (M40) :

  • RM100 hingga RM300 (mengikut bilangan anak).

Warga Emas Tiada Pasangan :

  • RM150.

Bujang :

  • RM150.

*Nota : Penerima sedia ada dan penerima baharu perlu menyemak jumlah bayaran yang akan diterima.

STR Fasa 2 Masuk

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Untuk mengetahui anda layak atau tidak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2), ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi STR LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

https://adakerjaya.com/jawatan-kosong-semasa-perodua-ambilan-tahun-2025/

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : str@mof.gov.my