STR Fasa 3 Bakal Dikreditkan Tidak Lama Lagi

STR Fasa 3 Bakal Dikreditkan Tidak Lama Lagi

Semakan untuk bayaran bantuan tunai STR Fasa 3, yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini, boleh dibuat melalui portal MySTR.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada bantuan kewangan yang telah disediakan dalam Belanjawan 2024.

Status STR FASA 3

Baca Juga :

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Sebelum ini, Kerajaan telah melaksanakan skim bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan

Prihatin Rakyat (BPR) di bawah pimpinan Perdana Menteri.
Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula skim-skim tersebut sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Melalui STR, Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai sehingga RM3,100 kepada golongan B40.

STR Fasa 2 adalah untuk meringankan beban kos sara hidup bagi 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Tarikh Bayaran Bantuan STR Isi Rumah Fasa 3

Tarikh sebenar bagi bayaran STR Fasa Tiga, yang akan bermula pada bulan Ogos 2024, akan dikemaskini dan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Status STR FASA 3

Untuk fasa seterusnya, kerajaan telah mengumumkan pembaharuan dalam Belanjawan 2024, yang merangkumi bayaran tambahan untuk golongan Miskin Tegar.

Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan sumbangan bakul makanan dan baucar bagi pembelian barangan makanan asas.

STR Fasa 3 Bakal Dikreditkan – Jumlah Bayaran

Untuk tahun 2024, kadar bayaran bagi STR telah ditetapkan dan akan diikuti sebagaimana yang telah disusun :

  1. Isi Rumah
    • Pendapatan kurang dari RM2500
      • Anak lebih dari 5 orang : RM2500
      • Anak 3-4 orang : RM2000
      • Anak 1-2 orang : RM1500
      • Tiada Anak : RM1000
    • Pendapatan RM2501 – RM5000
      • Anak lebih dari 5 orang : RM1250
      • Anak 3-4 orang : RM1000
      • Anak 1-2 orang : RM750
      • Tiada Anak : RM500
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
  3. Bujang
    • Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350

Berikut merupakan Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

Status STR FASA 3

Cara Semakan

Kaedah Bayaran

  1. Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
  2. Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
  3. Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ  https://bantuantunai.hasil.gov.my/

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024