STR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan

STR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan

Semakan untuk bayaran bantuan tunai STR Fasa 3, yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini, boleh dilaksanakan melalui portal MySTR.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada rangkaian bantuan kewangan yang telah disediakan dalam Belanjawan 2024 untuk membantu rakyat.

STR Fasa 3 : Tarikh &

Baca Juga :

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan beberapa skim bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di bawah pimpinan Perdana Menteri.

Namun, berkuat kuasa pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa skim-skim bantuan tersebut akan dikenali dengan nama baru, iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Melalui program STR, kerajaan berkomitmen untuk menyalurkan sumbangan tunai sehingga RM3,100 kepada golongan B40.

Seterusnya, STR Fasa 2 dirancang untuk meringankan beban kos sara hidup bagi 8.7 juta penerima, dengan peruntukan yang hampir mencapai RM8 bilion.

Tarikh Bayaran Bantuan STR Isi Rumah Fasa 3

Tarikh bayaran untuk Fasa 3 adalah pada bulan Ogos.

Berikut adalah tarikh bayaran untuk STR :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

STR Fasa 3 : Tarikh &

Dalam fasa seterusnya, kerajaan akan memperkenalkan pembaharuan pada Belanjawan 2024, termasuk pemberian bayaran tambahan untuk golongan Miskin Tegar.

Selain itu, sumbangan bakul makanan dan baucar pembelian barangan makanan asas juga akan disediakan sebagai sebahagian daripada inisiatif ini.

Semakan Status & Bayaran STR Fasa 3 Dikreditkan

Setakat ini, jumlah bayaran untuk STR Fasa 3 masih belum diumumkan.

Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sebagai rujukan, anda boleh melihat jadual yang disediakan di bawah ini.

STR Fasa 3 : Tarikh &

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Cara Semakan Status STR Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik lok masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :