STR Fasa 4 : Semak Status & Tarikh Bayaran Dikreditkan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat, khususnya bagi golongan miskin dan kurang berkemampuan.
Bayaran untuk bantuan STR Fasa 4 telah diumumkan, artikel kali ini akan menyatakan tentang tarikh, jumlah bayaran, dan cara menyemak status penerimaan.
Tarikh Bayaran & Semak Status STR Fasa 4
Bayaran STR Fasa 4 dijangka akan dibayar bermula November 2024 ini. Bantuan ini akan dikreditkan bermula pada 7 November 2024 ini. Semua pemohon dan penerima yang layak disarankan untuk sentiasa mengikuti pengunguman terkini.
- STR Fasa 1: 29 Januari 2024
- STR Fasa 2: 3 April 2024
- STR Fasa 3: 29 Ogos 2024
- STR Fasa 4: 7 November 2024
Baca Juga:
- Jawatan Kosong J&T 2024 : Gaji RM2,500 – RM3,500
- STR Fasa 4 : Semakan Status & Tarikh Bayaran Dikreditkan
- Jawatan Kosong Terkini KPM 2024 : Gaji RM1,500 – RM1,999
- Jawatan Terkini Jabatan Perangkaan Malaysia 2024
Jumlah Bayaran STR Fasa 4
Kadar bayaran yang akan dimasukkan ke dalam akaun penerima adalah berbeza-beza. Berikut adalah merupakan jumlah bayaran yang telah ditetapkan:
- Keluarga Miskin: RM1,000
- Keluarga Sederhana: RM500
- Individu Bujang: RM300
Bayaran bantuan ini disalurkan adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam memenuhi keperluan asas mereka. Kerajaan juga memberi penekanan kepada golongan yang terjejas akibat situasi semasa, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami penurunan pendapatan.
Semak Status
Kepada individu pemohon dan para penerima yang ingin melakukan semakan terhadap permohonan mereka, anda boleh mengikuti langkah berikut:
- Anda boleh terus melayari laman web rasmi pihak Kementerian Kewangan Malaysia atau ke laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Sila masukkan nombor kad pengenalan beserta maklumat diri anda untuk pengesahan diri individu pemohon.
- Setelah mengisi maklumat, tekan butang ‘Semak Status’.
- Sistem akan memaparkan status permohonan anda sama ada lulus atau tidak.
Sebagai alternatif, penerima juga boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan yang disediakan oleh kementerian untuk mendapatkan maklumat lanjut.