Sumbangan Asas Rahmah 2024 : Tarikh & Jumlah Bayaran

Sumbangan Asas Rahmah 2024 merupakan inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan Madani 2024 yang bertujuan untuk membantu isi rumah yang mempunyai lima anak atau tiga anak dengan memberikan bantuan tambahan sebanyak RM1200.

Inisiatif ini khususnya ditujukan untuk keluarga miskin tegar sebagai usaha untuk meringankan beban kewangan mereka.

Dalam Belanjawan 2024, seramai 700,000 penerima Skim Tunai Rakyat (STR) akan menerima manfaat tambahan sebanyak RM100 setiap bulan untuk tempoh satu tahun.

Pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan mengikut kaedah pembayaran yang telah ditetapkan sebelumnya, di mana penerima akan mendapatkannya melalui MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Setiap penerima Isi Rumah atau Warga Emas Tiada Pasangan STR yang dikategorikan sebagai miskin tegar dan miskin (ekasih) berhak menerima bantuan tambahan STR sejumlah RM1200 setahun.

Penerima Isi Rumah STR yang tidak termasuk dalam kategori miskin tegar & miskin (ekasih) akan mendapat bantuan RM300 setahun, sementara Warga Emas Tiada Pasangan STR yang bukan miskin tegar & miskin (ekasih) akan mendapat bantuan RM150 setahun.

Selain itu, Penerima Bujang STR yang tergolong dalam kategori miskin tegar & miskin layak mendapat RM600 setahun, manakala yang bukan miskin tegar & miskin (ekasih) akan mendapat bantuan RM150 setahun.

Sumbangan Asas Rahmah 2024

Baca Juga :

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2

  1. Portal MySTR
    • Layari portal rasmi MySTR > Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Log Masuk >  Sahkan Kunci Keselamatan > MAsukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan > Klik Bahagian Semakan Permohonan > Lihat Bahagian Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
  2. Portal MyKasih
    • Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Semakan Status
  3. Mendapat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahawa layak mendapat bantuan SARA
  4. Surat Pemakluman bahawa penerima layak mendapat bantuan SARA
  5. Boleh menghubungi Mykasih, HASIL atau MoF

Sumbangan Asas Rahmah 2024

Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah 2024

Bantuan tambahan STR, SARA, telah mula disalurkan pada 1 Februari 2024. Sejumlah RM100 sebulan akan diteruskan pada tiap-tiap hari pertama bulan dalam jadual yang telah ditetapkan.

Pembayaran RM600 akan dibuat dua kali kepada penduduk Sabah dan Sarawak. Tarikh pembayaran pertama adalah pada 19 Februari 2024 dan yang kedua pada 12 Ogos 2024.

Pembayaran boleh diterima melalui akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdapat di seluruh negara.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/