Sumbangan Asas Rahmah RM600 adalah bantuan tambahan kepada isi rumah yang melepasi syarat kelayakan yang ditentukan oleh kerajaan. Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah sebanyak RM1200 untuk isi rumah yang termasuk dalam kategori Miskin(ekasih) dan Miskin Tegar.
Menurut belanjawan 2024 seramai 700,000 orang penerima STR layak mendapat RM100 sebulan sepanjang tahun 2024 selama 12 bulan. Kaedah pembayaran bantuan tambahan ini adalah menggunakan MyKad.
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Mengikut Kategori
Melalui proses pengesahan setiap penerima Isi Rumah atau Warga Emas Tiada Pasangan STR yang tergolong dalam kategori miskin tegar dan miskin (ekasih) layak mendapatan bantuan tambahan STR sebanyak RM1200 setahun.
Selain itu, Penerima Isi Rumah STR yang bukan miskin tegar & miskin (ekasih) kadar bantuan adalah sebanyak RM300 setahun manakala penerima Warga Emas Tiada Pasangan STR bukan miskin tegar & miskin (ekasih) kadar bantuan adalah RM150 setahun
Tambahan lagi, Penerima Bujang STR pula layak mendapat RM600 setahun (Kategori miskin tegar & miskin). Bukan miskin tegar & miskin (ekasih) kadar bantuan adalah sebanyak RM150 setahun.
Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2
- Portal MySTR
- Layari portal rasmi MySTR > Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Log Masuk > Sahkan Kunci Keselamatan > MAsukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan > Klik Bahagian Semakan Permohonan > Lihat Bahagian Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Portal MyKasih
- Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Semakan Status
- Mendapat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahawa layak mendapat bantuan SARA
- Surat Pemakluman bahawa penerima layak mendapat bantuan SARA
- Boleh menghubungi Mykasih, HASIL atau MoF
Baca Juga:
- Pengeluaran KWSP Akaun 1 Dibenarkan
- Bantuan Kanak-kanak (BKK) 2024 JKM
- Permohonan Bantuan Am Persekolahan Kini Di Buka
- Rumah PPR 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Tarikh Bayaran SARA
Bantuan tambahan STR iaitu SARA telah disalurkan sejak 1 Februari 2024 sebanyak RM100 sebulan dan akan diteruskan setiap 1 hari bulan pada tiap bulan berikutnya seperti dalam jadual berikut:
Sabah/Sarawak pula akan menerima bayaran sebanyak RM600 untuk 2 kali pembayaran iaitu pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 melalui akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/