Sumbangan Asas Rahmah : Tarikh & Jadual Bayaran SARA
Belanjawan 2024 telah memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang akan memberi manfaat kepada 700 ribu penerima Skim Tunai Rakyat (STR).
Setiap penerima akan mendapat RM100 sebulan selama 12 bulan.
Sumbangan ini bertujuan untuk membantu mereka dalam pembelian barang-barang asas di kedai runcit, meningkatkan kesejahteraan ekonomi penerima STR.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600, 2024
Dalam Belanjawan Madani 2024, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan sebanyak RM1200 diberikan kepada isi rumah yang mempunyai lima anak atau tiga anak dan juga kepada mereka yang miskin tegar.
Selain itu, dalam Belanjawan yang sama, sejumlah 700,000 penerima Skim Tunai Rahmah (STR) akan menerima bayaran RM100 sebulan selama 12 bulan.
Pembayaran ini akan dilakukan melalui MyKad, sebagai langkah untuk memudahkan proses pemberian bantuan.
Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Baca Juga:
- MySTR 2024 : Tarikh Bayaran & Semakan Status Fasa 3
- Jadual Penuh Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Bank Penerima
Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah
Fasa 2 Sumbangan Asas Rahmah memperkenalkan dua kategori baharu untuk isi rumah miskin dan miskin tegar, berdasarkan data e-Kasib dan JKM.
Contohnya, kategori ini berhak menerima sumbangan RM100 sebulan selama setahun di bawah Program SARA, bermula Januari.
Selain itu, mereka juga berpeluang mendapatkan Sokongan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM2500, jumlah yang ditentukan berdasarkan bilangan anak dalam keluarga tersebut.
Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2
Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui SARA fasa 2, terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;
- Semakan melalui Portal MySTR
- Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
- Surat Pemakluman
- Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
- Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF
Semakan Melalui Portal MySTR
Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik SEMAKAN PERMOHONAN
Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;
Bantuan MySARA 2024 : Jadual & Semakan Melalui Portal MyKasih
Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;
- Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
- Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula
- Program berakhir
Tarikh Bayaran Bantuan SARA 2024 : Jadual Bayaran
Fasa 2 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2024, yang merupakan bantuan tambahan, telah mula disalurkan pada 01 Februari 2024 dengan jumlah RM100 setiap bulan.
Bayaran berikutnya akan diteruskan mulai Mac 2024, di mana penerima akan menerima sumbangan ini secara langsung ke dalam akaun MyKad mereka pada hari pertama setiap bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Bagi penerima di Sabah / Sarawak, anda akan menerima bayaran RM600 / 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.
Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.
Maklumat Lanjut Bantuan MySARA 2024
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.