Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Sumbangan Tunai Rahmah 2024 : Semakan Status Permohonan

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 : Semakan Status Permohonan

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian STR akan memanfaatkan 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

Perkara ini telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana.

STR diberikan kepada golongan miskin, B40 dan M40  yang layak, samada mereka bujang, berkeluarga atau warga emas. Jumlah sumbangan bergantung kepada kategori penerima.

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Kadar Bayaran STR 2024 Fasa 1 Mengikut Kategori

  1. Isi Rumah – Kadar pendapatan RM2500 ke bawah : RM500
  2. Isi Rmah – Kadar pendapatan RM2500-RM5000 : RM100-RM300
  3. Warga Emas yang tiada pasangan : RM150
  4. Bujang : RM100

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Baca Juga:

Kaedah Pembayaran STR 2024

Mulai 29 Januari 2024 hingga 2 Februari 2024, penerima yang mempunyai akaun bank akan mendapat bayaran secara automatik melalui akaun mereka.

Penerima yang tiada akaun bank boleh mendapatkan bayaran tunai di cawangan Bank Simpanan Malaysia (BSN) bermula pada tarikh yang sama.

Sila pastikan anda membawa kad pengenalan anda untuk pengesahan identiti. Jika anda tidak dapat hadir sendiri, anda boleh melantik wakil yang berdaftar untuk menuntut bayaran bagi pihak anda.

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Semakan Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Berikut merupakan cara semakan Status Permohonan STR 2024 yang akan di terima oleh penerima STR;

  • Melayari Portal Rasmi STR 2024 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Sila klik Log Masuk kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan
  • Klik butang “Semakan Permohonan”
  • Paparan status kelulusan anda akan dipaparkan seperti di bawah;

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi  https://bantuantunai.hasil.gov.my/

atau klik SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SEMAKAN_STATUS_STR_2024 untuk memuat turun semakan status STR secara terperinci.