Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi Tahun 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi Tahun 2024 – Semakan Status Terkini

Semakan Status Terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 – untuk menyemak status semakan STR bagi tahun 2024, masyarakat boleh mengunjungi laman web rasmi agensi atau kementerian yang bertanggungjawab untuk program tersebut.

Adalah wajib untuk semua penerima STR bagi tahun 2024 untuk membuat semakan agar mereka tahu status terkini berkenaan sumbangan yang akan diterima oleh setiap individu.

Pengenalan

Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024 ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding dengan RM8 bilion pada tahun sebelumnya(2023), ini menunjukkan komitmen yang lebih besar dari pihak kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ia menjadi berita yang baik bagi mereka yang bergantung pada bantuan ini untuk membelanjakan keperluan mereka sehari-hari dan berharap agar dapat memberikan lebih banyak sokongan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan kewangan.

Kadar Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Bayaran akan disalurkan sebanyak 4 kali setahun mengikut kategori kelayakan seperti di bawah;

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Baca juga:

Syarat Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Isi Rumah 

  • Pemohon
    • Pemohon yang berwarganegara Malaysia dan menetap di Malaysia sahaja
    • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah kurang daripada RM5000
  • Pasangan
    • Pemohon yang memiliki kad pengenalan diri seperti MyPR/MyKAS atau MyKad (Warganegara Malaysia)
    • Selain pengenalan MyPR/MyKAS (Bukan Warganegara Malaysia)
  • Anak
    • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja
    • Warganegara Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja
    • Tiada punca penndapatan / tidak bekerja yang berumur 18 tahun ke bawahatau 19 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS

Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan kurang daripada RM5000 bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas

Bujang

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan kurang daripada RM2,500 bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun; dan
  • OKU yang berumur 19 tahun hingga 59 tahun
  • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa

Cara Untuk Membuat Semakan Status Terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Semakan status STR bagi tahun 2024 boleh dibuat melalui portal rasmi MySTR sebelum Februari 2024

Berikut merupakan cara membuat semakan status terkini STR 2024

  • Secara Dalam Talian
    • Pengguna hendaklah melayari portal rasmi MySTR https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/
    • Klik menu Log Masuk > Masukan nombor kad pengenalan diri > Klik Semak > Sahkan kunci keselamatan >  Masukan Kata Laluan > Klik Log Masuk > Klik Semakan Permohonan
  • Secara Bersemuka
    • Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASIL)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti atau sebarang persoalan berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 klik  – DI SINI.