Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 : Tarikh Bayaran & Semakan Status
Semakan bayaran bantuan tunai STR Fasa 3, yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini, boleh dilakukan melalui portal MySTR.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada bantuan kewangan yang disediakan dalam Belanjawan 2024 untuk membantu rakyat.
Ia menunjukkan komitmen kerajaan dalam menyokong kesejahteraan rakyat melalui pelbagai program bantuan.
Baca Juga :
- Permohonan Bantuan Khas Untuk Golongan B40 Dibuka Sehingga 31 Mei 2024
- Status Pengeluaran Wang KWSP Akaun 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula skim bantuan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR),
yang sebelumnya dikenali dengan pelbagai nama seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Melalui program STR, kerajaan telah menyalurkan sumbangan tunai sehingga RM3,100 kepada golongan B40.
STR Fasa 2, dengan peruntukan hampir RM8 bilion, bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup bagi 8.7 juta penerima.
Tarikh Bayaran Bantuan STR Isi Rumah Fasa 3
Kementerian Kewangan Malaysia akan mengumumkan tarikh pembayaran yang tepat selepas membuat pengumuman rasmi pada bulan Ogos 2024.
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Program pembaharuan Belanjawan 2024 bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan golongan Miskin Tegar melalui penyediaan bayaran tambahan.
Inisiatif ini juga merangkumi sumbangan bakul makanan dan baucer makanan asas,
yang diharapkan dapat memberikan manfaat yang lebih luas dan menyeluruh kepada masyarakat yang memerlukan.
MySTR 2024 Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran
Untuk tahun 2024, kadar bayaran bagi STR telah ditetapkan dan akan diikuti sebagaimana yang telah disusun :
- Isi Rumah
- Pendapatan kurang dari RM2500
- Anak lebih dari 5 orang : RM2500
- Anak 3-4 orang : RM2000
- Anak 1-2 orang : RM1500
- Tiada Anak : RM1000
- Pendapatan RM2501 – RM5000
- Anak lebih dari 5 orang : RM1250
- Anak 3-4 orang : RM1000
- Anak 1-2 orang : RM750
- Tiada Anak : RM500
- Pendapatan kurang dari RM2500
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
- Bujang
- Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350
Berikut merupakan Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
Cara Semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3
- Layari Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk di laman utama untuk semakan lanjut.
Kaedah Bayaran
- Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
- Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
- Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Maklumat Lanjut Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024