Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2024 – Belanjawan 2024 yang baru diumumkan oleh kerajaan menunjukkan bahawa sektor perniagaan mendapat perhatian utama, terutamanya yang bergerak dalam bidang perkhidmatan, runcit, hospitaliti, pembinaan dan teknologi hijau. Para penganalisis ekonomi berpendapat bahawa belanjawan ini bertujuan untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti sektor-sektor ini, serta menyediakan insentif dan bantuan untuk mengatasi kesan pandemik Covid-19.
Belanjawan 2024 telah mencerminkan komitmen kerajaan untuk menerapkan Ekonomi MADANI yang berorientasikan kesejahteraan rakyat.
Permohonan STR 2024 yang berstatus Lulus dan telah melalui proses verifikasi kelayakan adalah syarat utama untuk mendapat bayaran STR. Syarat-syarat ini ditetapkan bagi memastikan hanya permohonan STR yang memenuhi kriteria yang layak.
Anda boleh memulakan proses permohonan anda untuk tahun 2024 bermula 1 November 2023. Jika anda sudah mempunyai permohonan yang sedia ada, sila kemaskininya dengan maklumat terkini.
Baca Juga:
- Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) 2024 – Cara Daftar dan Kemaskini Sehingga 31 Mac 2024
- Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024 – Terhad kepada 35,000 Orang Peserta
- Bantuan Awal Persekolahan RM150 Setiap Seorang
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi Tahun 2024 – Semakan Status Terkini
- Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024
- Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat Kini Dibenarkan!
Tarikh Bayaran Bantuan STR Tahun 2024
- Fasa 1 : Februari 2024
- Fasa 2 : April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Kadar Bayaran STR Tahun 2024
Perlu Atau Tidak Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2024?
Pemohon perlu mengemaskini Permohonan STR Tahun 2024 dan gambaran di bawah merupakan jawapan untuk sebarang persoalan;
Borang MySTR Tahun 2024 Fasa 1
Borang permohonan STR 2024 BK-01 [1/2024]
- Saluran pertama – melayari laman portal MySTR dan muat turun borang tersebut. klik DI SINI
- Saluran kedua – dengan pergi ke Pejabat HASiL/Pejabat Satelit HASiL/UTC HASiL yang berdekatan dan mengambil borang secara fizikal.
Penghantaran Borang Secara Manual Bantuan STR Tahun 2024
Semasa menghantar borang STR 2024 adalah perlu untuk sertakan dokumen sokongan. Pemohon perlu menghantar ke mana2 cawangan yang berhampiran dengan anda dan memastikan bahawa pejabat yang anda pilih adalah sama seperti negeri anda.
Antara pejabat tersebut adalah;
- Pejabat HASiL
- Pejabat Satelit HASiL
- UTC HASiL
Pemohon akan mendapat keratan Akaun Penerimaan Permohonan STR seperti berikut sekiranya menghantar borang secara manual;
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/