Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Tarikh Bayaran Penuh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 - AdaKerjaya - Bantuan Kerajaan, Kerjaya & Semakan Permohonan

Tarikh Bayaran Penuh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Tarikh Bayaran Penuh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Penerima bantuan tunai STR Fasa 3 boleh melakukan semakan pembayaran yang akan dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini melalui portal MySTR.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada rangkaian bantuan kewangan yang telah disediakan dalam Belanjawan 2024, bertujuan untuk memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan.

Tarikh Bayaran MySTR

Baca Juga:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Sebelum ini, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri telah melaksanakan beberapa skim bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Namun, berkuatkuasa pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa semua bantuan tersebut akan dikenali dengan nama baru, iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Melalui program STR, kerajaan berhasrat untuk menyalurkan sumbangan tunai sehingga RM3,100 kepada golongan B40.

Selanjutnya, STR Fasa 2 diharapkan dapat meringankan beban kos sara hidup bagi 8.7 juta penerima, dengan peruntukan yang hampir mencapai RM8 bilion.

Tarikh Bayaran Penuh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Tarikh Bayaran MySTR

Untuk fasa seterusnya, kerajaan telah mengumumkan pembaharuan dalam Belanjawan 2024, yang termasuk pemberian bayaran tambahan untuk golongan Miskin Tegar.

Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan sumbangan bakul makanan dan baucar yang boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas, sebagai usaha untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Tarikh Bayaran & Semakan Status

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Tarikh Bayaran Penuh & Semakan Status

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Tarikh Bayaran MySTR

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :