Tarikh & Jadual Bayaran STR Fasa 3

Tarikh & Jadual Bayaran STR Fasa 3

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebagai sebahagian daripada Bajet MADANI kedua untuk tahun 2024.

Inisiatif Rahmah ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan bagi individu dan keluarga yang menghadapi kesukaran ekonomi, terutamanya dalam menghadapi peningkatan kos hidup.

STR menyediakan bantuan kewangan secara langsung kepada mereka yang memerlukan, dengan harapan dapat membantu mereka mengatasi cabaran kewangan yang dihadapi.

Program ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu rakyatnya dan memastikan kesejahteraan sosioekonomi yang lebih baik untuk semua lapisan masyarakat.

Tarikh & Jadual Bayaran STR

Baca Juga:

Tarikh & Jadual Bayaran STR Fasa 3

Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah dijadualkan untuk dikreditkan ke dalam akaun penerima pada bulan Ogos 2024.

Tarikh pengkreditan yang tepat masih belum ditetapkan dan akan diumumkan pada masa yang akan datang.

Tarikh & Jadual Bayaran STR

Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Cara Semak Status Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3

Anda boleh menyemak status permohonan STR anda dengan mengunjungi laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Proses ini mudah dan cepat, membolehkan anda mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan anda.

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Tarikh & Jadual Bayaran STR

Kadar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah

  • RM1,000 (Tiada anak)
  • RM1,500 (1-2 anak)
  • RM2,000 (3-4 anak)
  • RM2,500 (5 ke atas)

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000

  • RM500 (Tiada anak)
  • RM750 (1-2 anak)
  • RM1,000 (3-4 anak)
  • RM1,250 (5 ke atas)

Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM 600

Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak serta pendapatan RM2,500 ke bawah

  • RM350

Maklumat Lanjut Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Maklumat yang dinyatakan di atas adalah hasil daripada portal rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau isu mengenai bantuan tersebut, sila rujuk kepada pihak berkuasa melalui:

  • Talian Penting STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian hotline STR Kementerian Kewangan : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: str@mof.gov.my