Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Tips Jimat Minyak Balik Raya - AdaKerjaya - Bantuan Kerajaan, Kerjaya & Semakan Permohonan

Tips Jimat Minyak Balik Raya

Tips Jimat Minyak Balik Raya – Masalah yang sering berlaku semasa musim perayaan adalah kesesakan di jalan raya. Pastinya ramai yang akan merungut tentang kesesakan tersebut di mana ia akan mengambil masa untuk sampai ke destinasi sekiranya berlaku kesesakan jalan.

Kesesakan jalan raya tidak dapat diatasi dan tidak dapat dielakkan kerana semua ingin menyambut hari perayaan bersama keluarga tercinta di samping hanya musim perayaan sahaja peluang untuk berkumpul bersama adik-beradik, sanak-saudara dan ahli kelurga yang lain untuk ziarah-menziarahi. Tidak hairanlah sekiranya pada musim perayaan kesesakan jalan raya sering berlaku.

Oleh itu, terdapat beberapa tips di kongsikan untuk menjimatkan minyak kereta semasa dalam perjalanan untuk balik ke kampung halaman atau berkunjung di rumah saudara-mara.

Tips Jimat Minyak

Baca Juga :

Tips Jimat Minyak Kereta

Berikut adalah di kongskikan tips penjimatan minyak kereta mengikut pengalaman yang telah dihadapi semasa kesesakan jalan raya :-

1. Periksa Tekanan Angin Tayar Kenderaan

Tekanan angin tayar kenderaan memainkan peranan yang sangat penting untuk semua kenderaan. Sekiranya tekanan angin tayar kurang atau tidak mencukupi ia akan menjadikan kenderaan menjadi lebih berat.

Hal ini akan menyebabkan geseran tayar yang berlebihan pada kenderaan dan akan meningkatkan penggunaan kenderaan sehingga 5%.

2. Kelajuan Kenderaan

Pemanduan kenderaan 90km sejam keatas akan menambahkan penggunaan minyak yang sangat ketara.

Oleh itu, pemanduan adalah digalakkan di bawah 90km sejam bagi penjimatan minyak disamping mengelakan saman dan dapat menjaga keselamatan di jalan raya.

3. Kurangkan Berat Kereta

Beban yang di tampung oleh kereta sebanyak 50kg (terutama kenderaan sedan) boleh meningkatkan penggunaan kenderaan sebanyak 2%. Ini bermaksud semakin kurang beban yang di tampung oleh kenderaan semakin kurang penggunaan minyak kereta.

4. Penyelenggaraan Kereta Secara Berkala

Sekiranya enjin tidak dijaga dengan baik maka penggunaan minyak boleh meningkat sehingga atau pun lebih kepada 50%.

Oleh itu, digalakkan untuk kerap memeriksa tahap kesihatan kenderaan masing-masing.

5. Tutup Air-Cond

Penggunaan air-cond meningkatkan penggunaan minyak sehingga 10% dan menutup air-cond berkesan untuk menjimatkan minyak lebih-lebih lagi ketika berada dalam keadaan terdesak seperti simbol minyak kenderaan yang sudah berkelip-kelip dan stesen minyak masih jauh.

6. Penggunaan Brek Dan Gear Dengan Betul

Penggunaan gear dengan betul dapat mengurangkan penggunaan minyak seperti menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi dapat mengundang pembaziran minyak kerana enjin bekerja lebih pantas.

Selain itu, penggunaan brek yang betul adalah berhenti bercara beransur dan tidak mengejut terutama di bahagian yang berbonggol.

Ikuti Telegram Rasmi Untuk Mengetahui Isu Semasa dan Bantuan

https://t.me/adakerja