Bayaran MyKasih 2024 : SARA 2024 atau Sumbangan Asas Rahmah adalah program MyKasih 2024 yang memberikan Bantuan RM100 setiap bulan kepada penerima STR untuk membeli barang-barang asas di kedai runcit yang terpilih. Program ini berlangsung selama 12 bulan bermula dari Januari 2024 hingga Disember 2024 sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2024.
SARA, sumbangan sebanyak RM600 yang diberikan kepada penerima STR, telah disalurkan kepada lebih 200,000 rakyat Malaysia yang layak.
Bayaran MyKasih 2024 – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Belanjawan Madani 2024 menitikberatkan kebajikan golongan miskin tegar yang menghadapi cabaran ekonomi dan sosial. Sebagai salah satu langkah, bantuan SARA tambahan sebanyak RM1200 akan diberikan kepada setiap isi rumah yang mempunyai lima anak atau tiga anak dan kriteria tambahan yang relevan. Bantuan ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dan meningkatkan taraf hidup golongan miskin tegar.
Dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah mengumumkan bahawa penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak 700,000 orang akan mendapat bantuan sebanyak RM100 sebulan selama setahun. Bantuan ini akan disalurkan melalui cara yang sama seperti sebelum-sebelum ini, iaitu dengan menggunakan MyKad sebagai pengesahan identiti.
Kategori Yang Layak Menerima SARA @ Bantuan Tambahan STR 2024 @ Bayaran MyKasih 2024
Penerima isi rumah yang tergolong dalam golongan miskin tegar akan mendapat STR tambahan sebanyak RM1200. STR tambahan ini adalah khas untuk mereka yang telah disahkan layak menerimanya.
Baca Juga:
- Cara Semakan Kadar Dividen KWSP 2024/2023
- Bantuan Kanak-kanak (BKK) 2024 JKM
- Permohonan Bantuan Am Persekolahan Kini Di Buka
- Rumah PPR 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Kategori & Jumlah Bantuan SARA @ Bantuan Tambahan STR 2024
Dua kategori baharu golongan miskin telah dikenal pasti oleh Data e-Kasih dan JKM, iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar. Mereka akan menerima bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan selama setahun mulai Januari. Selain itu, mereka juga layak untuk mendapat STR sehingga RM2500 mengikut bilangan anak dalam isi rumah.
Tarikh Bayaran Bantuan SARA
Untuk tahun 2024, kerajaan telah mengumumkan bantuan tambahan kepada golongan yang memerlukan. Mereka yang berstatus Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM akan menerima RM100 sebulan dari Januari hingga Disember 2024. Bagi penerima isi rumah STR, bujang dan warga emas, tarikh bayaran akan diumumkan kemudian.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/